Nusantara
Anak Nikita Mirzani Meraung Kena Heret Keluar Apartment, Kekasih Akui Tak Pernah Setubuhi Lolly
Drama keluarga Nikita Mirzani makin berterusan dan bertambah hangat.
Selepas melaporkan kekasih anaknya, Vadel Badjideh kepada pihak polis atas dakwaan memaksa Lolly menguggurkan anak dua kali, Nikita membuat heboh dengan tindakan baharu.
Heret tinggalkan apartment
Bintang sensasi Indonesia itu telah memaksa dan mengheret Lolly meninggalkan apartment yang dihuni sehingga gadis berusia 17 tahun tersebut menjerit histeria.Ironi Lolly sudah bertahun-tahun tidak tinggal bersama Nikita malah sempat melanjutkan pelajaran ke luar negara sebelum pulang ke Indonesia dijemput oleh kekasihnya, Vadel.
Vadel yang juga merupakan seorang pempengaruh media sosial juga mendakwa sudah cuba memulangkan Lolly sebanyak enam kali kepada Nikita namun tidak dilayan.
Malah selepas Vadel, kini dilihat membalas ‘serangan’ Nikita dengan mengaku tidak takut dimasukkan penjara di atas tuduhan yang dilakukan selebriti itu.
Vadel nafi tidur dan bersetubuh dengan Lolly
Kepada media, pemuda berusia 19 tahun tersebut melakukan sidang akhbar bersama peguam menafikan semua dakwaan tidak benar Nikita.Vadel menafikan telah tidur bersama apalagi menyetubuhi kekasihnya, Lolly.
Dia kemudian melanjutkan tuduhan Nikita dirinya telah membuat Lolly hamil dan memaksa gadis bawah umur itu menggugurkan kandungan juga fitnah.“Saya pastikan, saya tidak pernah tidur dengan Lolly. Saya tidak pernah berhubungan intim dengan Lolly,” ujar Vadel seperti dilaporkan Kompas.
“Saya tidak pernah menghamili Lolly. Tidak pernah memaksa Lolly menggugurkan kandungan,” tegasnya lagi.
ARTIKEL BERKAITAN:Banyak Buat Pembedahan Plastik, Nikita Mirzani Kata: “Operasi Hidung Dengan Sinus Jauh Beza Guys”
ARTIKEL BERKAITAN:Pempengaruh Buat Live TikTok Dengan Nikita Mirzani, Netizen Terhibur: “Kau Cuy Kan Je”
ARTIKEL BERKAITAN:Nikita Mirzani Tak Akan Beri Harta, Buang Anak Perempuan Dari Keluarga
ARTIKEL BERKAITAN:Nikita Mirzani Tuduh Dewi Persikk Suka Gugurkan Janin, Tak Mandul
Ujian kehamilan negatif
Bersama penafian tersebut, Vadel juga menunjukkan hasil pemeriksaan Ultrasound atau USG kehamilan Lolly yang negatif.Dan dengan berani, Vadel memberi jaminan akan senang hati disumbat ke penjara jika dia terbukti bersalah menyetubuhi dan membuat gadis itu hamil serta menggugurkan kandungan.“Ini adalah hasil USG dari Lolly yang menyatakan gadis ini negatif tes kehamilan.“USG ini bertarikh 14 September 2024 dan kita rahsiakan doktor yang telah memeriksa Lolly kerana ini telah menjadi bukti untuk dibawa ke mahkamah,” ujar peguam Vadel pula.
“Saya akan bertanggungjawab. Jika benar saya pernah membuat Lolly hamil dan menggugurkan kandungan, saya akan masuk sendiri ke penjara,”kata Vadel.
Must-Watch Video