Berita
Andika Putera Nafi Berskandal Dengan Isteri Orang & Staf, Tak Pernah Curang Ketika Berkahwin - "Ia Fitnah Besar!"
Personaliti media sosial Andika Putera atau nama sebenarnya Muhamad Andika Putera menegaskan tidak pernah berlaku curang ketika dalam perkahwinan bersama bekas isterinya, Ananda Natasha.
Andika atau lebih mesra disapa Dika, 27, berkata, dia terkejut apabila dituduh curang dengan pekerja dan isteri orang yang juga coach dalam bidang motivasi.
"Untuk makluman semua, saya dan Natasha pernah bercerai pada tahun 2022 atas faktor tiada persefahaman, dan kemudian rujuk semula demi kebaikan anak kami, Alisha Puteri.
"Namun kami masih lagi tiada persefahaman sehingga kami membuat keputusan untuk bercerai pada Disember tahun lalu. Penceraian ini juga berlaku secara baik dengan bekas isteri.
“Walaupun sudah bercerai, saya masih berusaha melakukan tanggungjawab sebagai seorang ayah sebaik mungkin seperti memberi duit nafkah anak dan duit mutaah setiap bulan tanpa gagal kepada Natasha selain menguruskan rawatan mata Alisha.
"Dan sepanjang berumahtangga dengan Natasha, saya tidak pernah berlaku curang dengan mana-mana pihak seperti yang didakwa.
"Ia satu fitnah yang sangat besar, lebih-lebih lagi dengan coach yang diperkatakan kerana dia sudah berkahwin dan perkara ini sangat mengaibkan untuk dia dan juga saya," katanya.
BERITA TRENDING: "Tiga Tahun Awak Curang, Tak Cukup Staf, Bini Orang Pun Awak Sailang" - Bekas Isteri Dakwa Pempengaruh Kerap Main Kayu Tiga
BERITA TRENDING: "Saya Dah Lama Move On, Tapi Masih Terkilan Kawan Baik Sendiri Yang Sailang Masa Iddah" - Ananda Natasha
Dimanipulasi
Bagaimanapun Dika mengakui atas kekhilafan kata-katanya ketika menyampaikan seminar mengenai topik hubungan suami isteri, ia telah disalahtafsir dan dimanipulasikan individu-individu yang tidak bertangungjawab.
Mereka juga telah dikenalpasti untuk diambil tindakan perundangan.
"Saya mengakui rasa khilaf sangat kerana penggunaan kata-kata saya berlebihan dan mesra terhadap coach itu. Saya memohon maaf atas kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku.
"Dan seperti biasa semua seminar saya akan dirakamkan untuk rujukan akan datang. Entah macam mana pihak yang dikenalpasti sudah memberikan video berkenaankepada Natasha. Terus ia menjadi salah faham.
"Tak fasah-fasal saya dituduh curang selama 4 tahun tanpa bukti. Dalam kes ini, benar ia silap saya, tetapi seminar itu diadakan selepas saya bercerai, cuma disebabkan pihak ketiga menokok tambah, menyebabkan ia membina andaian terhadap Natasha ia berlaku sebelum bercerai,” ujarnya.
Tindakan mahkamah
Sementara itu, Dika berharap dengan penjelasan yang diberi, isu skandal berkenaan tidak diperbesar-besarkan lagi kerana ia akan mengelirukan ramai pihak.
Dika juga menegaskan sekiranya ada pihak yang cuba untuk terus memfitnah dirinya, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah.
Sementara itu ada juga pihak yang terkesan dengan fitnah yang dilemparkan juga akan juga tampil membuat kenyataan media bagi menjernihkan keadaan yang tegang selain menghentikan tuduhan yang tidak masuk akal ini.
"Saya tidak mahu membuka aib mana-mana pihak. Kerana itu selama ini saya hanya menjalani kehidupan seperti biasa dan menguruskan komitmen harian saya.
"Cukuplah tuduh saya macam-macam. Hentikan atau saya akan mengambil tindakan terhadap pihak yang cuba menjatuhkan reputasi saya," tegasnya.