Laman Utama

Annoying! Netizen Mula Meluat Layan Kisah Cinta Janna Nick; “Maaf, Saya Sedar Belum Cukup Matang Untuk…”

Shahrin Zulkifle
02/12/2022
10:00 MYT
Sponsor Banner
Annoying! Netizen Mula Meluat Layan Kisah Cinta Janna Nick; “Maaf, Saya Sedar Belum Cukup Matang Untuk…”

Ramai mengetahui pelakon Janna Nick ketika ini sedang mengambil waktu bertenang dengan membawa diri ke luar negara selepas memberi bayangan kisah cintanya sudah berakhir.

Susulan daripada itu, aktres tersebut sering berkongsi beberapa muat naik yang menunjukkan dia benar-benar patah hati sehingga tindakannya itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Terbaharu, seorang individu meluahkan rasa kurang senang di Instagram dengan menyatakan Janna seolah-olah masih tidak menerima kenyataan bahawa hubungan cinta bersama pelakon Dini Schatzmann sudah pun berakhir.

You're so annoying. Dah putus tu sudah lah, tak payah nak post macam-macam. Petikan (Quotes) la, gambar la. Ia menunjukkan awak seorang yang teruk. Tolong ada rasa hormat pada bekas kekasih dan hubungan lama awak. Kerana masih ada memori indah juga yang dicipta, jangan hanya fokus pada yang buruk sahaja,” ujarnya.

Janna turut berkongsi tangkap layar kenyataan yang dikeluarkan individu tersebut di laman Instagram miliknya.

Tidak berdiam diri, aktres berusia 28 tahun itu tampil memohon maaf apabila ada yang berasa ‘meluat’ dengan perkongsiannya yang sebelum ini.

Malah, pelantun lagu Nakal itu turut berjanji dirinya akan kembali dengan kekuatan yang baharu.

“Saya minta maaf seandainya posting saya menyakitkan mata dan hati sesetengah orang.

"Saya sedar saya tak cukup matang dan kuat untuk handle situasi macam ni. I'm so sorry.

“Tapi saya yakin saya akan kembali kuat semula, hanya perlu masa untuk bertenang,” jelasnya.

Sementara itu, Janna bertindak menutup ruangan komen perkongsian tersebut.

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila Janna dikatakan sudah memutuskan hubungan bersama Dini Schatzmann.

Namun begitu, sehingga hari ini tiada sebarang kenyataan daripada kedua-dua selebriti ini mengenai status mereka sama ada benar-benar berpisah atau sekadar konten semata-mata.

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar