Berita

Artis Dinasihat Semak Sebelum Terima Tawaran, Elak Dieksploitasi

Awani
04/02/2025
05:25 MYT
Sponsor Banner
Artis Dinasihat Semak Sebelum Terima Tawaran, Elak Dieksploitasi
Golongan artis dan selebriti dinasihatkan agar lebih berhati-hati dan membuat semakan teliti sebelum menerima sebarang tawaran terutamanya jika bayaran yang ditawarkan terlalu tinggi atau luar biasa.
Presiden Persatuan Karyawan, Freddie Fernandez berkata, langkah itu penting bagi mengelakkan mereka dieksploitasi oleh perniagaan yang menyalahi undang-undang.
Menurutnya, ini kerana ia bukan sahaja boleh menjejaskan reputasi artis berkenaan tetapi juga mencemarkan kepercayaan masyarakat terhadap industri hiburan secara keseluruhannya.
"Sebagai langkah pencegahan, artis disaran untuk mendapatkan nasihat profesional jika perlu terutama dalam hal-hal berkaitan kewangan dan perundangan. Jangan terburu-buru menandatangani sebarang kontrak tanpa memahami implikasinya.
"Saya percaya bahawa artis atau selebriti yang terlibat mungkin tidak sedar bahawa mereka sedang dieksploitasi oleh pihak sindiket. Kebanyakan mereka menerima tawaran ini kerana selain daripada membuat persembahan, menjadi duta produk atau menerima tajaan, ia juga merupakan sumber pendapatan utama mereka.
"Namun, saya percaya modus operandi sindiket sebegini sangat licik dan mengelirukan, seolah-olah menjalankan perniagaan sah di sisi undang-undang menyebabkan para artis bersetuju menerima tawaran yang diberikan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Sebelum ini, Sinar Harian pada Ahad melaporkan beberapa selebriti termasuk ikon tempatan dalam radar siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai terlibat dalam sindiket tawaran pinjaman.

BERITA BERKAITAN: “Saya Hanya Jalankan Tanggungjawab Sebagai Duta" - Isu Ops Sky, Datuk Jalaluddin Sedia Beri Kerjasama Dengan SPRM

BERITA BERKAITAN: Isu Ops Sky, Ziana Zain Enggan Ulas Lanjut - “Tiada Komenlah Sayang, Kak Gee Hanya Menyanyi Sahaja”

BERITA BERKAITAN: Op Sky: Tiga Selebriti Dipanggil Minggu Ini

BERITA BERKAITAN: SPRM Siasat Pembabitan Selebriti Dibayar Hingga RM400,000 Jadi Duta Syarikat Perunding Kewangan

Setakat ini, 27 individu ditahan termasuk 18 pegawai bank, lapan petugas syarikat perunding kewangan terbabit dan satu orang awam dan kesemua mereka telah dilepaskan daripada reman dengan jaminan SPRM.
Tambah Freddie, kes sebegini bukanlah perkara baharu sebaliknya telah berlaku beberapa kali sebelum ini.
"Para manipulator sering menggunakan selebriti kerana pengaruh mereka dalam masyarakat.
"Kehadiran artis dalam sesuatu produk atau skim mampu memberi keyakinan tinggi kepada orang ramai, menjadikan mereka sasaran mudah bagi syarikat atau individu yang ingin mengambil kesempatan,” jelasnya.
Sumber: Astro Awani menerusi Sinar Harian
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024