Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

“Asalkan Saya Cari Rezeki Halal” - Fattah Amin Tak Kisah Digelar Tauke Kambing

Mya Amri 26/10/2024 | 07:55 MYT
Pelakon Fattah Amin tidak kisah apabila ada pihak yang menggelarnya sebagai tauke kambing.

Digelar tauke kambing
Menurut Fattah, tidak hanya gelaran tauke yang diberikan malah ada juga pihak yang menyangka dia kini sudah bekerja sepenuh masa sebagai usahawan kambing perap.
“Sekarang ini saya pergi mana-mana, semua orang panggil saya tauke kambing. Mereka siap tanya malam ini saya tak jual kambing ke?.

“Sehingga hari ini, saya pergi mana-mana, orang ingat saya kini jual kambing perap sepenuh masa.

“Tapi saya tak kisah. Asalkan saya cari rezeki yang halal.
“Jangan kisah apa yang orang fikir. Kena jual kambing, lembu atau ayam, tak mengapa, asalkan penting saya cari rezeki,” katanya dalam siaran langsung TikTok pada Jumaat.

A post shared by FattahAminTeam (@thefa_team)

Hanya bantu naikkan jualan
Dalam pada itu, Fattah memaklumkan tugasnya dalam siaran langsung hanya untuk membantu menaikkan jumlah jualan bisnes kambing perap tersebut.

“Saya pun tidak tahu bila akan muncul dalam siaran langsung lagi. Mereka jemput saya untuk naikkan jumlah jualan.

“Kalau stok tak habis, mungkin tak akan panggil lagi dan mungkin sampai di sini sahaja,” ujarnya.
Terdahulu, nama Fattah Amin terus melonjak apabila berjaya mencipta fenomena dengan meraih 44 juta tanda suka dan lebih 100,000 tontonan ketika bersiaran langsung (live) di TikTok menjual kambing perap jenama terkenal, Pak Mat Western.
Populariti Fattah Amin juga kembali melonjak selepas sah bercerai dengan aktres, Nur Fazura pada 7 Oktober lalu.
Terbaharu, siaran langsung kedua ini mencatat 76,000 jumlah tontonan dan 18 juta tanda suka pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN:Tolak Duit Komisen Jual Kambing Perap, Fattah Amin Infak Kepada Golongan Memerlukan - “Kami Kecewa Sebab Dia…”

ARTIKEL BERKAITAN:Netizen Kagum Tengok Penkek Wajah Fattah Amin - "Ni Kalau Dah Makan Tak Sampai Hati Nak ..."

ARTIKEL BERKAITAN:Individu ‘Bitter’ Fattah Amin Dapat ‘Job Lebat’ Lepas Cerai, Anggap ‘Beauty Privilege’ Itu Wujud – “Padahal Ramai Lagi Duda Lain Yang Tak Ada Job”

ARTIKEL BERKAITAN:Video Podcast Kembali Tular, Ramai Sebak Dengar Hasrat Fattah Amin - “Sekiranya Sudah Tiada… Saya Mahu Orang Kenal Saya Sebagai Muslim Yang Baik & Taat Perintah Allah”

ARTIKEL BERKAITAN:Fattah Amin Steady! Lumba Lari Kalahkan Nabil - “Kaki Saya Kejang, Lupa Nak Warm Up”

#Fattah Amin #Tauke Kambing
;