Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Ayu Ting Ting Bertunang Lepas 10 Tahun Menjanda: “Terasa Macam Mimpi”

Maliah Surip 11/02/2024 | 07:46 MYT
Penyanyi dangdut Ayu Ting Ting akhirnya mengesahkan dia telah bertunang seperti spekulasi yang menjadi heboh di media sosial.

BERITA TRENDING: Ayu Ting Ting Jadi Mangsa Soalan Cepu Emas Raya, ‘Bila Nak Kahwin?’

Ayu, 31, memberitahu dia selamat bertunang dalam sebuah acara yang diadakan secara tertutup pada 4 Februari lalu.

PILIHAN PEMBACA: Tunai Umrah Dengan Keluarga, Ayu Ting Ting Doa Jodoh Untuk Dirinya

Lelaki yang berjaya membuka pintu hatinya selepas 10 tahun bergelar janda dikenali sebagai Muhammad Fardhana atau Dhana.
“Terasa macam mimpi. Tidak sangka boleh berasa kembali dipinang orang ya,” ujar Ayu seperti dilaporkan Kompas.
Dhana merupakan seorang tentera berpangkat Leftanan Satu dari Tenaga Nasional Indonesia (TNI).
“Kami sengaja menjalankan majlis ini secara privasi kerana ia sangat bermakna dan bersejarah buat saya. Mohon doanya ya,”katanya lagi.
Janda anak satu itu melanjutkan hubungannya dengan Dhana belum berusia sebulan. Mereka malah berkenalan menerusi keluarga masing-masing.
“Kami diperkenalkan oleh keluarga iaitu ibu bapa saya dan ibu bapa dia. Berkenalan awal Januari, jumpa dan dijodohkan.
“Dhana kemudian serius, lalu kami sepakat bertunang. Rasanya belum sampai sebulan usia perkenalan kami.
“Mungkin memang sudah jalannya dan jodohnya. Kan kita sama-sama niat baik, Alhamdulillah semua terlaksana dengan baik," lanjutnya.
Ayu bagaimanapun tidak bercakap mengenai majlis perkahwinan mereka tetapi hanya meminta doa agar hubungan pertunangannya dengan Dhana lancar.
Pelantun lagu Alamat Palsu itu sebelum ini berkahwin dengan Enji Baskoro dan bercerai pada 2014. Mereka memiliki seorang anak perempuan yang bernama Bilqis Khumairah Razak.

BERITA TRENDING: Baru Sebulan Batal Kahwin, Ayu Ting Ting Dah Ada Pengganti?

#Viral #Dangdut #Indonesia #Bertunang #Janda #Ayu Ting Ting
;