Laman Utama
Baru Sebulan Batal Kahwin, Ayu Ting Ting Dah Ada Pengganti?
Baru sahaja membatalkan perkahwinan dengan Adit Jayusman awal Februari lalu, pelakon dan penyanyi Indonesia, Ayu Ting Ting kini dikatakan mempunyai pengganti.
Memetik laporan Liputan6, Ayu dikhabarkan sedang menjalin cinta dengan seorang doktor pakar kecantikan, Brata Angga Kartasasmita.
Bukan sekadar kabar angin bertiup, peminat juga telah menyaksikan beberapa video Ayu dan Brata di media sosial yang lebih mencetuskan tanda tanya.
Selain itu, sumber juga melaporkan bahawa Ayu dan Brata pernah kelihatan bercuti bersama di Rusia.
Meskipun disebut sebagai orang yang memberi sokongan terhadap Ayu ketika gagal berkahwin, Brata bagaimanapun mengaku hubungan mereka hanya sekadar sahabat.
"Saya rapat dengan keluarga Ayu, mungkin ini keistimewaan jadi kawan rapatnya, jadi seperti keluarga," kata Angga.
Terdahulu, Ayu mengumumkan perkahwinan yang dirancang bersama Aditya dibatalkan meskipun persiapan telah pun siap sepenuhnya.
Must-Watch Video