Viral

Bakar Tangan, Diliwat & Paksa Meliwat, Penghuni Didera Penjaga Rumah Kebajikan

Gempak
08/09/2024
00:55 MYT
Sponsor Banner
Bakar Tangan, Diliwat & Paksa Meliwat, Penghuni Didera Penjaga Rumah Kebajikan
Bakar tangan, cabut rumput sehingga penuh plastik hitam dan salah laku seksual antara bentuk penderaan yang dilakukan sebuah rumah kebajikan yang bernaung di bawah sebuah syarikat berkaitan produk Islam terkenal. Malah, ada dalam kalangan mereka menjadi mangsa liwat dan lebih malang selepas diliwat mereka pula akan dipaksa meliwat rakan lain oleh penjaga.
Kegiatan penderaan fizikal itu dikatakan berlaku sejak lebih 10 tahun lalu membabitkan penghuni di rumah berkenaan terbongkar selepas seorang penjaga berusia 19 tahun ditahan pihak berkuasa Rabu lalu di Seremban, Negeri Sembilan.
Menurut sumber, sehingga kini, sebanyak empat laporan polis sudah dibuat ahli keluarga mangsa berkaitan kes dera, pengabaian dan kes liwat membabitkan empat adiknya yang berada di rumah kebajikan terbabit.

"Laporan polis yang dibuat itu antaranya mendakwa salah seorang kanak-kanak lelaki menjadi mangsa liwat sejak berusia tujuh tahun dan kini sudah berusia 15 tahun oleh beberapa penjaga di rumah kebajikan kelola syarikat terkenal terbabit.

"Malah, lebih teruk mangsa yang sebelum ini menjadi mangsa liwat kemudian turut dipaksa meliwat beberapa rakannya yang lain," katanya.
Sumber turut berkata, salah seorang kanak-kanak terbabit yang juga orang kurang upaya (OKU) dan mengalami sawan turut tidak mendapat rawatan sewajarnya oleh penjaga sehingga pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital.
"Pemeriksaan juga mendapati empat kanak-kanak mengalami kesan parut di lengan kesan daripada sudu panas yang dicucuh oleh suspek ketika dibawa menerima rawatan di hospital di Seremban," katanya.

BERITA TRENDING: #JusticeforZaynRayyan: Adik Zayn Rayyan Ditempatkan Di Institusi Kebajikan Selama Dua Bulan

BERITA TRENDING: Amber Heard Bayar Saman, Johnny Depp Derma Semua Pada Rumah Kebajikan

BERITA TRENDING: Isu Kemanusiaan – Bukan Untuk Diperdagangkan Atau Jadi ‘Content’ Tagih ‘Likes, Views’. Niat Perlu Ikhlas KeranaNya.

BERITA TRENDING: Kes Dera Anak OKU, #JusticeForBella: Rumah Kebajikan Disita & Hilang Hak Jagaan

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis dibuat keluarga mangsa dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
"Buat masa ini kita akan buka siasatan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya.
Sumber: Harian Metro
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar