Berita

Bekas Guru Dituduh Bunuh Cikgu Istiqomah

Gempak
19/08/2024
04:12 MYT
Sponsor Banner
Bekas Guru Dituduh Bunuh Cikgu Istiqomah
Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Gajah, Melaka pada Isnin atas pertuduhan membunuh guru wanita, Istiqomah Ahmad Rozi,33.

Mengangguk faham

Tertuduh, Mohd Fadzly Ariffadzilah, 36, hanya mengangguk faham namun tiada pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Dr Teoh Shu Yee.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan bunuh terhadap Istiqomah Ahmad Rozi,34, di tepi jalan Kampung Tanjung Rimau Luar, Pulau Sebang Alor Gajah antara 26 Disember hingga 31 Disember 2023 lalu.

Tertuduh yang juga bekas guru didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dengan tidak kurang 12 sebatan jika sabit kesalahan.

Membantah Jaminan

Terdahulu pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim membantah sebarang bentuk jaminan diberikan terhadap tertuduh.
Beliau turut memohon tarikh sebutan baru sementara menunggu laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dan bedah siasat.
Shu Yee pada penghakimannya menetapkan 22 Oktober ini sebagai sebutan semula kes dan lantikan peguam.
Sebelum ini, tertuduh ditahan selepas dipercayai melakukan pembunuhan kejam terhadap mangsa yang juga guru Sekolah Kebangsaan (SK) Kota Masai 3 yang dilaporkan hilang sejak 27 Disember tahun lalu.

Artikel berkaitan: Suspek Utama Pembunuhan Kejam Cikgu Istiqomah Tiba Di Mahkamah

Artikel berkaitan: Hilang Selama 8 Bulan, Ini Kronologi Kes Pembunuhan Kejam Cikgu Istiqomah

Artikel berkaitan: Mayat Tanpa Kepala Sah Milik Cikgu Istiqomah

Kehilangan Istiqamah terjawab selepas misteri penemuan mayat tanpa kepala, kaki dan tangan yang di sumbat dalam tong sampah dan dibuang ke longkang di Kampung Tanjung Rimau, Pulau Sebang apabila ianya disahkan milik guru wanita berkenaan.
Ianya disahkan berdasarkan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dilakukan terhadap ibunya pada 2 Ogos lalu mendapati ia sepadan dengan mangsa yang dilaporkan hilang sejak 27 Disember tahun lalu.

Sumber: Astro AWANI

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar