Hiburan
Bekas Isteri Dedah Jay Iswazir Minta Gugurkan Kandungan, Dibelasah Sejak 3 Bulan Pertama Kahwin Sampai Mahu B*nuh Diri - “Hidup Aku Hancur Sebab Kau”
Bekas isteri kepada pelakon Jay Iswazir iaitu Azzahra Ahmad tampil mendedahkan dia menjadi mangsa keganasan dalam rumah tangga sepanjang bergelar isteri kepada pelakon itu.
Paksa Gugurkan Kandungan
Menerusi pendedahan di Instagram (IG), Azzahra mendedahkan dia terpaksa hidup sengsara bersama Jay malah dipaksa untuk menggugurkan kandungan.
Malah, Azzahra turut mendedahkan dia mula dikasari oleh Jay sejak tiga bulan pertama perkahwinan.
“Allah memang nak tunjukkan siapa kau sebenar Ahmad Iswazir. Elok-elok aib kau terjaga tapi kali ni aku tak mampu nak simpan lagi atas penipuan kau menjahanamkan hidup orang.
“Cukuplah jahanamkan hidup aku dan perempuan-perempuan lain sebelum aku. Ye orang cakap aku tak cukup sabar kahwin dengan kau baru 2 tahun lebih dah nak berpisah tapi rasanya sanggup ke korang wahai wanita andai baru kawin 3 bulan pun dah makan maki hamun kena belasah dengan laki korang?
“Zahnita mungkin kuat dapat bertahan 20 tahun tapi cukup 2 tahun lebih aku dengan kau ahmad iswazir.
“Ada ke suami tergamak paksa isteri gugurkan anak sendiri??? Jantan tak guna macam kau je yang sanggup perlakukan isteri kau mcm tu,” dedah Azzahra yang juga seorang pelakon.
Tekanan Jiwa Sampai Mahu Bunuh Diri
Jelas Azzahra lagi, dia turut mengalami tekanan jiwa sehingga mahu menamatkan riwayat hidupnya dek kerana sengsara yang dihadapinya sepanjang perkahwinan selama dua tahun itu.
“Sepatutnya lama dah kau kena berkas tapi sebab aku ada ehsan lagi nak jaga nama kau takut periuk nasi kau tertutup aku tak buat report polis atas kau ahmad iswazir.
“Terima kasih banyak-banyak atas apa yang kau dah buat pada aku pada anak kau yang kau bunuh!
“Hidup aku hancur sebab kau aku depress aku hampir nak gila hampir nak bunuh diri selama aku jadi isteri kau ahmad iswazir. Cukuplah kau sakitkan aku dan cukup jangan tambah lagi perempuan lain yang kau nak jahanamkan hidup,” dedahnya lagi.
Dalam pada itu, Azzahra mengakui reda dengan ujian yang ditimpanya itu namun berharap hanya Allah yang dapat membalas segala kesakitannya selama ini.
“Mentanglah aku tak ada mak ayah or tempat untuk aku bergantung di dunia ni... kau tergamak buat aku macam sampah yang tak ada harga dimata kau ahmad iswazir ismail..
“Ya Allah ampuni aku.. aku cuba untuk redha dgn ujianMU ini tapi aku kalah kali ni dengan apa yang dia lakukan pada aku untuk kesekian kalinya ini Ya Allah... sangat sakit Ya Allah...hanya Engkau yang mampu memberi balasan atas segala perbuatan jahatnya kepada aku selama ini hingga kesaat ini Ya Allah,” tutupnya.
Untuk rekod, Azzahra dan Jay mendirikan rumah tangga pada Mac 2022.
Namun mereka disahkan bercerai pada 28 Oktober lalu.
Must-Watch Video