Hiburan

"Benda Dah Settle Kenapa Nak Ungkit Lagi?" - Muaz Zabir Bidas Kenyataan Aliff Aziz!

Amri Hassan
04/05/2024
10:06 MYT
Sponsor Banner
"Benda Dah Settle Kenapa Nak Ungkit Lagi?" - Muaz Zabir Bidas Kenyataan Aliff Aziz!
Pelakon Muaz Zabir kesal dengan tindakan penyanyi Aliff Aziz yang tidak berhenti mengungkit isu curang membabitkan dirinya dengan Bella Astillah biarpun sudah mencapai persefahaman tahun lalu.
Kata Muaz, 27, dia sudah berulang kali memohon maaf dan menganggap Aliff bukan seorang 'gentleman' apabila terus membicarakan isu yang berlaku dalam satu temu bual podcast baru-baru ini.
“Takkan selama ini saya bercakap dengan hantu? Saya memang ada berhubung dan boleh tunjuk dia maki hamun saya selama kami mencapai kesefahaman.
“Bagi saya, isu ini sepatutnya sudah lama selesai. Kenapa dia masih tidak puas hati? Bagi saya dia tak perlulah nak hebahkan di media sosial, sangat tak ‘gentleman’!
“Dia sendiri yang minta saya jangan kecohkan perkara ini hingga kami sudah membuat perjanjian awal supaya hal ini tidak didedahkan kepada orang lain, tapi lain pula yang jadi.
“Saya sudah minta maaf November tahun lalu dan sepatutnya perkara ini tidak patut diungkit,” katanya kepada Gempak.
Muaz ditemui pada sesi ramah mesra bersama peminat sempena Karnival Jom Heboh di Putrajaya pada Sabtu.

Niat tak baik Aliff

Dalam pada itu, Muaz mendakwa Aliff mempunyai niat tidak baik terhadapnya dan Bella berdasarkan mesej perbualan WhatsApp antara Aliff dan individu dikenali NRF seperti yang ditularkan oleh pelakon Didi Astillah.
“Kalau dia nak buat laporan polis atau membawa kes ini ke mahkamah mengenai isu saya dan Bella, saya juga ada bukti kami sudah selesaikan perkara ini dengan cara baik.
“Terbaharu menerusi pendedahan Didi kita semua melihat perbualan dia dan NRF mengenai sudah tiada peluru untuk menyelamatkan diri.
“Mereka ada peringkat untuk jatuhkan kami, sudah-sudahlah saya dah minta maaf. Saya pun dah tarik diri daripada kemelut ini. Apa lagi yang dia tak puas hati,” katanya.

Berhenti kaitkan nama

Dalam pada itu, Muaz menasihatkan Aliff supaya berhenti memburukkan dan mengaitkan lagi namanya dalam isu kontroversi yang berlaku.
“Saya tiada hak untuk cakap apa-apa kepadanya tapi saya harap dia dapat fikir sendiri kerana dia lebih matang.
“Saya doakan yang terbaik untuk dia dan apa jua tindakan yang dibuat saya harap benda itu membawa kebaikan kepadanya.
“Namun jika tindakan anda tiada kebaikan kepada diri sendiri, janganlah pula bawa keburukan kepada orang lain. Saya rasa ini tidak patut,” katanya.
Terdahulu Aliff menerusi temu bual podcast yang bersiaran di YouTube menceritakan kembali hubungan yang terjalin antara Bella dan Muaz sehingga isterinya itu berubah sikap.
Malah Aliff mempersoalkan tindakan Muaz yang didakwa mengganggu isterinya.

BERITA TRENDING: Muaz Zabir Bermadah Pujangga, Jom Fahami Maksud Perumpamaan Ini! - "Rebung Tak Miang, Bemban Pulak Miang"

PILIHAN PEMBACA: Tak Pernah Terfikir Nak Ada Hubungan Dengan Isteri Orang, Muaz Zabir Hanya Sekadar Mendengar Keluhan Bella
BERITA TRENDING: Followers Naik Mencanak, Entri Terbaharu Instagram Muaz Zabir Tarik Perhatian Warganet
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar