Bimbang Dimarah Isteri Selepas Habiskan Wang Gaji, Lelaki 65 Tahun Buat Laporan Palsu Dakwa Diri Dirompak Rohingya
Bermacam ragam dilalui oleh pasangan yang telah berumah tangga, termasuk hal berkaitan pengurusan kewangan.
Laporan palsu
Seorang lelaki berusia 65 tahun bertindak membuat laporan palsu yang dirinya dirompak gara-gara bimbang dimarah isteri selepas menghabiskan wang gaji bulanannya.
ARTIKEL BERKAITAN: Suspek Culik Albertine Leo Didakwa Miliki Bantal Kanak-Kanak Bogel, Alat Sulit Wanita Palsu
ARTIKEL BERKAITAN: Tular Didakwa Sudah Meninggal Dunia, Ibu Aliff Aziz Tampil Beri Respons
ARTIKEL BERKAITAN: Kepingan Duit RM50 Dengan Visual Agong Tersenyum Didakwa Palsu?
ARTIKEL BERKAITAN: “Tak Baik Lah Buat Macam Tu, Awak Bukan Siti Saleha” - Siti Saleha
ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Hidap Artritis, Sheila Majid Kesal Ada Pihak Reka Cerita Palsu Untuk Promote Produk - “Merepek!”
Ketika itu, dia diminta oleh seorang lelaki warga Rohingya untuk membantu membawa kawannya ke klinik. Selepas keluar dari kenderaan, lelaki warga Rohingya itu mengacukan pisau kepadanya, sementara rakan lelaki tersebut mengacukan parang pada perutnya.
Tunai
Lelaki berkenaan turut memberitahu yang warga Rohingya itu merampas wang tunai berjumlah RM1,100 daripadanya sebelum beredar.
Difahamkan, dia juga meminjamkan wang kepada rakan perempuannya.
Hanyan berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana memberi maklumat penjawat awam yang diketahui palsu. Jika bersalah, dia boleh dikenakan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.