Seorang pengguna Facebook memberi amaran kepada orang ramai supaya berhati-hati terhadap not RM50 yang didakwa sebagai not palsu.
Menerusi hantaran di Facebook, individu tersebut mendakwa wang palsu berkenaan memperlihatkan visual Agong dalam keadaan tersenyum.
Meninjau ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen turut memberi respons terhadap perkongsian berkenaan.
“Saya tak tahu kenapa, melihat Agong tersenyum membuatkan saya mahu tersenyum juga,” katanya.
Dalam masa sama, ada juga dalam pengguna Facebook yang mendakwa kepingan not tersebut merupakan not asli.
“Netizen lain ada mendakwa not ini asli, memandangkan tidak mungkin kepingan wang palsu memiliki kesalahan yang terang-terangan ini,” katanya.
Sumber: Facebook dan WeirdKaya