• Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Login
  • Login
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
GAYA HIDUP
Minyak Zaitun Palsu Ancam Kesihatan, Penyelidik Bongkar Fakta Mengejutkan
HIBURAN
Pemain Keyboard Ungu, Gatot Kies Meninggal Dunia
HOLLYWOOD
Pelakon Jual Sabun Daripada Air Bekas Mandian Sendiri - "Kalian Asyik Tanya, Jadi Saya Simpan"
  • TERMS
  • PRIVACY

Copyright © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
LAMAN UTAMA

Buah Pinggang Bengkak, Andi Bernadee Dimasukkan Ke Hospital

Fiza Kamarudin
03/05/2021
01:20 MYT
Sponsor Banner
Buah Pinggang Bengkak, Andi Bernadee Dimasukkan Ke Hospital
Penyanyi dan pelakon Andi Bernadee dimasukkan ke hospital kerana buah pinggangnya bengkak dan bakal menjalani pembedahan pada jam 1 tengahari ini.
Andi ketika dihubungi Gempak berkata, dia ke hospital pada Sabtu lalu kerana tidak dapat menahan sakit.
“Sebenarnya sudah lama saya rasa sakit di sekitar perut hingga ke bahagian pinggang, tapi Sabtu lepas ketika berada di Aeon Shah Alam untuk acara bersama Fipper, tiba-tiba rasa sakit sangat.
“Itu yang saya bersama pengurus, Nasir Deraman bergegas ke klinik berhampiran dan telah diberikan suntikan oleh doktor.
“Lepas tu dapatlah bertahan sikit sehinggalah selepas waktu berbuka rasa sakit tu datang balik saya terus pergi hospital hospital dan doktor kata buah pinggang sudah bengkak dan perlu menjalani pembedahan segera,” katanya.
Menurut Andi buah pinggangnya bengkak kerana batu karang dan akan menjalani pembedahan pada jam 1 petang ini.
“Jam 6 pagi tadi doktor buat CT Scan dan pada pukul 1 petang ini pembedahan secara laser untuk membuang batu karang akan dilakukan.
“Inilah kali pertama saya dimasukkan ke hospital dan saya harap semua dapat mendoakan semuanya berjalan lancar,” katanya.
Related Topics
#hospital
#Buah Pinggang
#Andi Bernadee
#Bengkak
Must-Watch Video