Viral

CIA Kongsi Hantaran Fakta Nasi Lemak Di Facebook Raih Tumpuan Netzen

Gempak
21/04/2024
11:55 MYT
Sponsor Banner
CIA Kongsi Hantaran Fakta Nasi Lemak Di Facebook Raih Tumpuan Netzen
Agensi Perisikan Pusat (CIA) meraih tumpuan ramai apabila memuat naik hantaran berhubung fakta-fakta menarik mengenai nasi lemak kepada pengikutnya di Facebook baru-baru ini.
CIA menerusi hantaran tersebut turut memaklumkan bahawa nasi lemak merupakan hidangan kebangsaan negara dan antara makanan sarapan pagi popular untuk orang Melayu.

Nasi lemak

“Namanya dalam Bahasa Melayu bermaksud ‘nasi lemak’ kerana proses penyediaan juadah tersebut menjadi ia berlemak dan penuh rasa.
“Ia terdiri daripada nasi wangi yang dimasak dalam santan dengan daun pandan, serai, halia dan rempah ratus yang lain.
“Nasi lemak biasanya dihidangkan bersama telur rebus, ikan bilis goreng, pes sambal dan kacang tanah panggang,” katanya dalam hantaran pada Sabtu.
Dalam pada itu, ujar CIA, perkongsian tersebut merupakan sebahagian maklumat daripada Buku Fakta Dunia milik agensi berkenaan.
“Buku Fakta Dunia CIA ialah sumber awam yang menyediakan risikan asas mengenai 266 entiti dunia, termasuk fakta perjalanan dan profil negara,” ujarnya.
Rata-rata netizen tidak melepaskan peluang dan meninggalkan komen pada hantaran tersebut.

Reaksi netizen

Salah seorang pengguna Facebook, Is Mohd mengucapkan terima kasih kepada CIA kerana mempromosikan masakan di negara ini.
“Terima kasih CIA untuk masa dan sokongan terhadap makanan Malaysia.
Selain itu, seorang lagi pengguna Facebook, Helvin Henry turut mengingatkan netizen supaya tidak meninggalkan komen yang keterlaluan bagi menjaga imej negara.
“Komen elok-elok. (Negara) Kita dah di peringkat antarabangsa, jangan buat malu negara,” menurutnya.
Sumber: Sinar Harian

ARTIKEL BERKAITAN: “Terima Kasih Bang, Nasi Saya Dah Jadi Rojak Campur” - Aksi Rider Tunggang Kuda Raih Perhatian

ARTIKEL BERKAITAN: Kembali Ke KL, Tay Tawan Teringin Nak Cuba Nasi Lemak Yang Dijual Di Gerai

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024