Hiburan

Cover Lagu Billie Eilish Dapat Tontonan Lebih 2.4 Juta, Eddy Sophian Berkobar-Kobar Kembang Bakat Menyanyi! - "Saya Tersenarai Finalis ..."

Amri Hassan
10/02/2024
11:57 MYT
Sponsor Banner
Cover Lagu Billie Eilish Dapat Tontonan Lebih 2.4 Juta, Eddy Sophian Berkobar-Kobar Kembang Bakat Menyanyi! - "Saya Tersenarai Finalis ..."
Tidak sia-sia usaha penyanyi kelahiran Singapura, Eddy Sophian yang mempertaruhkan bakatnya dalam seni suara apabila cover lagu What Was I Made For? nyanyian asal penyanyi antarabangsa Billie Eilish telah mendapat lebih dari 2.4 juta tontonan di media sosial.

BERITA TRENDING: Ketagihan Pornografi, Billie Eilish Akui Otaknya Rosak

Malah, Eddy, 25, turut mencuri tumpuan menerusi cover lagu nyanyian Anuar Zain, Sedetik Lebih yang turut dipuji penyanyi asalnya.
“Alhamdulillah, salah satu cover saya, What Was I Made For? tontonannya telah melebihi 2.4 juta. Selain itu, saya berasa terharu kerana cover Sedetik Lebih telah mendapat komen dari penyanyi asalnya iaitu Anuar Zain” katanya.

PILIHAN PEMBACA: 10 Tahun Jadi Pramugara Buat Anuar Zain Lebih Sabar & Cekal - “Saya Pernah Terfikir Untuk Tidak Mahu…”

Minat Eddy dalam nyanyian bermula sejak kecil lagi, hingga membakar semangatnya untuk terus memberanikan diri menyertai ujibakat pertandingan nyanyian pada usia 16 tahun.
“Saya memang minat menyanyi sejak kecil lagi. Ketika saya berusia 16 tahun saya mula memberanikan diri untuk sertai pelbagai pertandingan dan ujibakat. Alhamdulilah, taruhan saya membuahkan hasil apabila berjaya tersenarai sebagai salah seorang finalis Karaoke World Championship yang turut disertai oleh ramai peserta dari seluruh dunia.
“Bercakap mengenai dorongan, saya mendapat inspirasi daripada ahli keluarga yang turut mempunyai bakat dalam bidang muzik. Jadi sejak kecil saya bersama ahli keluarga kadang-kala akan meluangkan masa dengan bermain alat muzik dan saya nyanyi bersama mereka," katanya.
Kini, Eddy mempertaruhkan bakatnya menerusi single pertama berjudul Bidadari Hatiku yang telah dilancarkan pada Oktober tahun lalu.
Sejak dilancarkan, karya ciptaan sepenuhnya Eddy itu semakin mendapat tempat di kalangan pendengar dan penonton platform penstriman digital.
Penangan lagu tersebut dimainkan di stesen radio Singapura dan Indonesia, Eddy dilamar oleh seorang pengarah untuk berlakon di dalam sebuah drama.
“Untuk video muzik Bidadari Hatiku, idea dan jalan cerita tersebut datang sepenuhnya dari saya. Malah saya terharu kerana mendapat tajaan dari Dance Studio dan sebuah restoran di Singapura yang sudi melancarkan lagi proses rakaman tersebut.
“Selain itu, saya bersyukur kerana sejak lagu saya dilancarkan, ia turut dimainkan di stesen radio Singapura dan Indonesia. Penangannya, saya mendapat tawaran daripada Sudrajat untuk menghasilkan lagu saya yang seterusnya” kongsi Eddy.

PILIHAN PEMBACA: Kecoh Instagram Blackout, Judika Baru Sedar Diri Disayangi & Dihargai: “Saya Tidak Ada Niat…”

Lagu Bidadari Hatiku boleh distrim di saluran digital Spotify, manakala video muzik pula sedia dilayari di laman YouTube.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar