Hiburan

“Dah Minta Maaf & Berpelukan…” - Kes Buli Anak Norreen Iman Di Sekolah Selesai Dengan Baik

Asyikin Mayudin
07/11/2024
02:25 MYT
Sponsor Banner
“Dah Minta Maaf & Berpelukan…” - Kes Buli Anak Norreen Iman Di Sekolah Selesai Dengan Baik
Pelakon dan pempengaruh Norreen Iman memberitahu dia sudah bertemu dengan cikgu, guru besar dan ibu bapa kanak-kanak yang terlibat dalam masalah buli yang dihadapi anaknya.

Kes dah selesai

Sudah menyelesaikan semua permasalahan yang berlaku, Norreen menerusi video Instagram berharap insiden tersebut tidak lagi terjadi.

“Semuanya dah selesai… saya dah jumpa cikgu, guru besar, ibu bapa kepada anak-anak-anak itu… anak kita pun dah curhat (meluah) beritahu apa yang terjadi.

“Semoga perkara ini (buli) tidak terjadi lagi. Ia hanya biasa la, proses perkembangan untuk kanak-kanak kan. Sekolah okay, memang anak dan anak buah pun sekolah situ.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Perempuan Norreen Iman Jadi Mangsa Buli - “Kena Sepak, Tolak, Ni Kaki Dah Luka…”

ARTIKEL BERKAITAN: Norreen Iman Kongsi Momen Tunai Umrah Dengan Tya Adnan - “Bila Nampak Kaabah, Aku Banyak Speechless”
“Cuma harap benda ini tak jadi lagi. Mereka pun dah minta maaf dan berpelukan serta meluahkan,” katanya.

Teguran & nasihat

Pada perkongsian lain, Norreen turut memberitahu dia juga ada menegur dan memberi nasihat yang sama seperti ibu bapa lain kepada anak perempuannya itu.

“Aku pun ada tegur Ellen, nasihat kita sebagai ibu bapa sama. Macam jangan sentuh, jangan ambil barang… terfikir nak pinjam kawan punya barang pun jangan.

“Benda-benda macam itu, apa yang terjadi pun, kita tegur anak kita juga,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Berterusan Jadi Mangsa Buli Di Sekolah, Norreen Iman Tak Sanggup Lihat Anak Trauma & ‘Broken Hearted’ - “Kali Ini Aku Takkan Diam”

ARTIKEL BERKAITAN: Noreen Iman Seru Ibu Bapa Ambil Tahu Aktiviti Anak di Sekolah, Elak Kes Buli

Sebelum ini, Norreen Iman berkata dia sudah mula hilang sabar apabila anak perempuannya, Ellen berterusan menjadi mangsa buli di sekolah.
Tidak mampu lagi berdiam diri, Norreen menerusi Instastory memberitahu dia sudah tidak kisah namanya menjadi buruk demi mempertahankan anaknya.
Norreen turut berkongsi video memperlihatkan anak perempuannya akhirnya tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir ketika bercerita mengenai insiden yang berlaku kepadanya.
Terdahulu, Norreen juga pernah mendedahkan anak perempuannya itu menjadi mangsa buli di sekolah sehingga menyebabkan puterinya itu mengalami kecederaan di bahagian kaki.
Pada Mei lalu, Norreen menerusi Instagram miliknya berkata dia sudah mengikut prosedur sekolah dengan membiarkan guru displin menyelesaikan masalah buli yang terjadi.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar