Hiburan
Datuk Seri Vida Menangis Tengok Video ‘Abang Bas' Peluk Ibu - “Saya Pun Tak Tahu Apa Maksud ‘Crush’..”
Usahawan kosmetik, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida gagal menahan air mata selepas melihat video ‘Abang Bas’ berpelukan dengan ibunya.
Simpati lihat video Abang Bas
Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Vida berkata, sebagai ibu, dia rasa simpati dan kasihan apabila melihat momen Abang Bas berjumpa semula bersama keluarganya.
“Pasal isu ‘Abang Bas’ ni sebenarnya saya tengok daripada jauh sahaja. Macam-macam pendapat, kecam ada, sokong pun ada. Tapi saya terpanggil untuk buat video ini apabila saya tengok pelukan ‘Abang Bas’ dengan ibu dia.
“Hati saya sebagai seorang ibu yang ada anak bujung..anak teruna, kita tahu perangai orang yang menyayangi, ikhlas dalam kasih sayang dan seorang yang penyayang iaitu ciuman dia. Dia cium ibunya dua kali selepas berpelukan.
ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Tidak Akan Minta Maaf & Sedia Berdepan Untuk Menegakkan Kebenaran” - Uyaina Arshad
ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh Buat Laporan Polis Terhadap ‘Abang Bas’, Diana Danielle Minta Netizen Kemukakan Bukti! - “Nak Maki Pun, Carilah Fakta Yang Betul…”
ARTIKEL BERKAITAN: Uyaina Arshad Tak Terkesan Netizen Petik Nama Bakal Disaman ‘Abang Bas’ - “Saya Cakap Berlandaskan Fakta, Nak Cakap Saya ‘Terpaling’…Terpulanglah”
ARTIKEL BERKAITAN: "Kira Duit Siap-Siap, Keluarga 'Abang Bas' Mahu Ambil Tindakan" - Peguam
Dalam pada itu, usahawan berusia 52 tahun itu turut bahawa tindakan pemandu bas tersebut adalah semata-mata kerana dia sayang akan kanak-kanak.
“Itu buatkan saya terfikir dengan body gesture tersebut..kesian padanya. Disebabkan hantaran sebegitu orang salah faham, sampai kena tahan dan kena bicara.
“Sebagai seorang ibu, kuat hati saya mengatakan dia adalah seorang yang sukakan dan sayang budak-budak. Saya tengok dari sifat orang yang penyayang.
Sementara itu, Vida juga mendedahkan bahawa dia sendiri tidak tahu maksud sebenar perkataan ‘crush’ iaitu perkataan yang digunakan oleh ‘Abang Bas’ pada video yang dimuat naik.
“Saya rasa perkataan ‘crush’ itu sedap disebut tetapi tak tahu maksud. Saya pun tak tahu maksudnya. Biarlah nak kata jahil pun. Saya selalu dengar Kacak dan Cik B cakap ‘crush’,” tambahnya.
Dalam masa yang sama, Vida turut mengucapkan terima kasih kepada peguam yang mewakili pemandu tersebut dan berharap undang-undang dapat menentukan mengenai kes ini.
“Terima kasih kepada Datuk Zaharil sebab ambil kes ini dan jamin dia keluar. Semoga perkara ini menjadi iktibar kepada semua.
Apa-apa pun sama-sama kita tunggu perjalanan kes ini macam mana, biar undang-undang yang menentukan,” ujarnya lagi.
Terdahulu pemandu bas atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Bas’ didakwa di Mahkamah Muar, Johor atas pertuduhan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan. Namun, dia telah dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM40,000.
Rentetan itu, keluarga ‘Abang Bas’ menyatakan hasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu dan selebriti yang didakwa mengundang syak wasangka serta kecaman terhadap mereka.
Antara selebriti popular yang dilihat lantang bersuara menentang perbuatan ‘Abang Bas’ ialah Diana Danielle, Uyaina Arshad dan Caprice.
Must-Watch Video