Viral
“Dia Terkejut, Tanya Saya Lelaki Ke Perempuan”- Wanita Tular Bersuara Garau Cemas Bilik Hotel Diserbu JAIS, Anggap Pengalaman Lucu
Seorang wanita tular yang memiliki suara garau iaitu Nurnazrah berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang didudukinya diserbu anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam (JAIS).
Terkejut diserbu JAIS
Nazrah berkongsi kisah tersebut menerusi hantaran di akaun TikTok miliknya @harszan.
Menurut Nazrah, pada awalnya dia memilih untuk menginap di bilik hotel pada harga RM44 satu malam itu untuk berehat selepas menyelesaikan urusan kerjanya.
Namun lain pula jadinya apabila anggota penguat kuasa itu menyangkakan dirinya adalah seorang lelaki.
“Masa sampai saya nak mandi, saya dah masuk dalam bilik air tiba-tiba pintu bilik kena ketuk, saya ingat orang salah bilik.
“Saya tanya siapa, kemudian dia jawab kami JAIS, saya pula fikir eh siapa pula nak prank malam malam ni.
“Saya rasa macam kenapa pula JAIS nak serang saya, saya seorang sahaja dalam bilik ni. Saya nak bawa siapa?
“Tapi saya fahamlah itu kerja dia nak buat macam mana dia memang kena cek,” ujarnya.
Minta kad pengenalan untuk pengesahan
Bagaimanapun kata Nazrah selepas membuka pintu bilik, pegawai penguat kuasa terkejut melihat penampilan dirinya yang memakai tudung.
Jelas Nazrah lagi, meskipun telah memaklumkan dia adalah wanita, namun anggota penguat kuasa berkenaan meminta kad pengenalan untuk tujuan pengesahan.
“Buka pintu dia tengok saya pakai tudung, dia terkejut saya pun terkejut. Lepas tu dia tanya saya lelaki ke perempuan.
“Saya cakap saya perempuan lepas itu dia minta kad pengenalan. Dia tengok tapi macam antara percaya dengan tidak,” kongsinya.
ARTIKEL BERKAITAN:Kenali Nazrah, Wanita ‘Unik’ Bersuara Lelaki
ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Berketurunan Rohingya, Gadis Viral Bersuara Garau Beri Penjelasan
Anggap pengalaman lucu
Namun Nazrah turut menjelaskan dia tidak marah dengan tindakan anggota penguat kuasa sebaliknya menganggap situasi itu sebagai satu pengalaman lucu untuk dikongsikan.
“Lepas itu dia kata dia ingat saya lelaki patutlah lambat sangat buka pintu, patut cakap perempuan.
“Macam mana saya nak cakap, kalau saya menjerit daripada dalam karang dia pula tak percaya, nanti kata tipu pula. Memang pengalaman lah, kelakar,” jelasnya.
Berikut merupakan perkongsian penuh Nazrah:
Must-Watch Video