Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Didakwa Bersekududukan Bersama Wanita Dalam Rumah? Ini Respons Jofliam - “Kenyataan Saya Setakat Ini…”

Umirah Halim 29/10/2024 | 08:06 MYT

Kontroversi melibatkan pempengaruh dan usahawan Jofliam bersama bekas isteri Cik Epal masih hangat diperkatakan di media sosial.

Nafi halau bekas isteri

Terbaharu, Jofliam sekali lagi tampil bersuara bagi menjawab dakwaan-dakwaan yang melibatkan dirinya di media sosial.

Menurut Jofliam, dia tidak pernah menghalau bekas isterinya itu keluar dari rumah.

Malah, nafkah terhadap Cik Epal dan ayah mentuanya juga masih diberikan.

“Bagi saya isu sekarang dah merepek sangat. Lebih pada cabar mencabar. Wujud kenyataan yang tak benar. Benarkan sosial media buli dan menghasut benda yang tak pasti kebenaran. Kenyataan saya setakat hari ini sahaja.

“Saya tak pernah menghalau isteri saya keluar dari rumah. Saya matikan akses kad bersebab kerana ada dua keingkaran telah berlaku. Saya masih bagi nafkah pada isteri dan ayah mentua saya.

“Rumah ini pun disediakan untuk bekas isteri saya duduk semasa iddah. Pemberian nafkah setiap minggu. Terbaru, dua hari lepas.Jofliam turut menafikan dakwaan dia derhaka terhadap ibunya sendiri.

“Cukuplah kenyataan kerosakan yang saya telah buat di Milan. Sekarang saya lebih suka zip mulut saya dari saya terus membuka aib sepatutnya,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dewi Bukan Warganegara Indonesia Seperti Yang Dinyatakan - “ Saya Orang Malaysia”

ARTIKEL BERKAITAN: “Ambil Je La Duda Aku, Aku Sedekah Dekat Sesiapa Yang Memerlukan” - Cik Epal

ARTIKEL BERKAITAN: Putarkan Lagu Hantu Atau Buaya, Cik Epal Tuju Dekat Siapa?

ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu Banyak Fitnah, Dewi Tampil Beri Penjelasan - “Sejujurnya Saya Lebih Rela Untuk…”

Dalam pada itu usahawan piza wagyu ini turut tampil memberi penjelasan mengenai beg berwarna cokelat yang viral dan isu bersekedudukan dengan wanita lain.

“Beg viral itu antara barang yang dihadiahkan kepada bekas isteri saya sehari sebelum saya ke Milan. Banyak barang saya hadiahkan dan total hampir 30k. Ketika itu dia bukan lagi isteri saya dan saya masih jalankan tanggungjawab.

“Tindakan saya hadiahkan beg itu pada orang lain adalah tindakan ‘rebel’ saya selepas kes ini berpanjangan. Saya silap di situ.

“Saya tidak pernah bersekedudukan dengan mana-mana wanita 24 jam di rumah ini. Rumah ini adalah rumah syurga saya. Ya ada keluar masuk tapi bukan berdua. Ditemani keluarga. Saya tahu halal haram,” tambahnya lagi.

Manakala, mengenai isu rambut dipegang staf, Jofliam menjelaskan bahawa pada masa itu dia diminta untuk ‘touch up’ rambut dan muka sebelum memulakan temu bual.

Pada akhir hantaran itu, Jofliam berkata, perceraian bukanlah perkara yang terakhir dalam kehidupan dan memaklumkan dia mahu terus jalan ke depan.

“Kita boleh menjadi ibu bapa yang terbaik dan menggembirakan anak-anak kita. Jika kita gagal menjadi suami isteri terbaik, kita jangan gagal jadi ibu bapa terbaik. Benda dah jadi dan saya belajar dari kesilapan kenyataan di Milan. Saya nak terus ke hadapan,” jelasnya.

Sekadar info, Cik Epal mengesahkan sudah bercerai dengan suami selepas 10 tahun mereka melayari bahtera perkahwinan.

Imbas kembali, Cik Epal dan Jofliam mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Han dan Yuki.

#wanita #Rumah #Dewi #Cik Epal #jofliem
;