Hiburan
Didakwa Takut Anak Digoda Ramai Wanita Ketika Berlakon, Ini Respons Ibu Aliff Aziz - “Jangan Pernah Gentar Pada…”
Ibu kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza Basharahil berkongsi satu paparan skrin artikel yang menyebarkan fitnah terhadapnya.
Fitnah
Artikel tersebut mendakwa Siti Hafiza atau Fiza berasa bimbang jika ramai wanita yang mencuba untuk menggoda Aliff ketika anaknya sedang berlakon.
“Ibu Aliff Aziz takut kalau ramai perempuan yang cuba menggoda Aliff masa berlakon. Semoga tiada lagi wanita yang menggoda Aliff masa berlakon,” tulis artikel itu.
Bagaimanapun Fiza menerusi Instagram berkata dia sudah memaafkan mana-mana individu yang melemparkan fitnah terhadapnya selain mendoakan agar Allah berikan hidayah kepada pemfitnah.
ARTIKEL BERKAITAN: Lagi Sekali Difitnah, Ibu Aliff Aziz Mahu Utamakan Kehidupan Tanpa Fikir Orang Lain - “Saya Sangat Terhibur Dengan…”
ARTIKEL BERKAITAN: Tular Didakwa Sudah Meninggal Dunia, Ibu Aliff Aziz Tampil Beri Respons
ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Aliff Aziz Titip Ucapan Hari Lahir Buat Cucu Perempuan, Harap Terima Hadiah Yang Ditinggalkan - “Kami Tetap Tidak Akan Berhenti Cuba Untuk…”
ARTIKEL BERKAITAN: “Kesian Sebab Mereka Bersungguh Menulis Maki Hamun, Pasti Penat Kan” - Ibu Aliff Aziz
“SubhanaAllah fitnah manusia yang tiada akhirnya. Kami maafkan, semoga Allah kurniakan taufiq dan hidayah. Jangan pernah gentar pada makhluk tapi takutlah hanya pada Allah,” katanya.
Fiza bagaimanapun memilih untuk menutup ruangan komen di perkongsian tersebut.