Hiburan
Digelar Mak Lampir & Scammer RM100K, Afreena Suhaimi Tetap Sayang Along Cham - “Terima Kasih Suamiku Untuk Semua Ini”
Pelbagai tuduhan yang dilemparkan terhadap dirinya, namun isteri kepada pelawak Along Cham iaitu Afreena Suhaimi tetap menyayangi suaminya.
Tak buka aib
Menerusi perkongsian di Instastory, Afreena atau mesra disapa sebagai Feena tetap menganggap Along suaminya dan tidak akan membuka aib lelaki yang dicintainya itu.
“Tak apa… awak boleh dedahkan apa saja kenyataan yang awak mahu. Awak masih ‘suami’ saya, saya tidak akan aibkan awak walau apa pun yang terjadi atau fitnah awak.
“Siapa tak sayang suami kan?” luah Afreeena.
Pada perkongsian lain, Afreena juga tidak kisah dengan kenyataan Along yang mendakwa dia seleweng dana RM100,000 selain menggelar dirinya sebagai ‘mak lampir’.
Luah rasa rindu
Malah Afreena turut meluahkan rasa rindu dan sayang selain masih mengambil berat terhadap pelawak berusia 42 tahun itu.
“Mak lampir, scammer 100K? Curang? Sekat keluarga? Apa lagi? Apa yang dah jadi kepada hubbylove yang saya kenal sebab awak bukan macam ini. Terima kasih suamiku untuk semua ini.
“Tapi saya masih ambil berat, rindu dan sayang,” katanya lagi.
Sebelum ini, Along mendakwa isterinya yang digelar ‘mak lampir’ menyeleweng wang dana orang ramai sebanyak RM100,000 yang dikumpul sepanjang dirinya berada dalam tahanan di Penjara Sungai Buloh.
ARTIKEL BERKAITAN: ‘Game Over Feena” - Adik Along Cham Bongkar Komplot Isteri & Rakan-Rakan
ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Seleweng RM100K, Isteri Along Cham Buat Laporan Polis
ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Doa Pada Allah Kalau Kandungan Itu Milik Saya, Kekalkan Tapi Jika Sebaliknya, Keluarkan” - Along Cham
Bagaimanapun, Afreena telah membuat laporan polis terhadap individu bernama Ika yang didakwa menipu sehingga dia bertindak menyerahkan wang sebanyak RM95,180 atas tujuan untuk membebaskan suaminya itu.
Along dalam proses untuk memfailkan dan mengesahkan lafaz cerai taklik terhadap isterinya selepas wanita itu melanggar tiga perkara yang dijanjikan sepanjang sembilan bulan perkahwinan mereka.
Must-Watch Video