Hiburan
Digosipkan Sedang Bercinta, Adib Banana Akui Sedang Berkawan Rapat Dengan Iman Troye
Digosipkan mempunyai hubungan istimewa bersama penyanyi, Iman Troye, pempengaruh media sosial Adib Bananadibs tidak menafikan sedang berkawan rapat.
Kawan rapat
Bagaimanapun, Adib tidak meletakkan harapan tinggi bagi apabila disoal mengenai jodoh bersama.
"Saya sudah mengenalinya sejak tahun lalu. Sejak saya tular, kami saling mengikuti laman sosial dan mula berbalas stories (Instastory).
"Kalau saya ada buat hantaran mengenai kerja, dia akan sokong, saya pun begitu.
"Boleh dikatakan kami berkawan rapat," katanya ketika ditemui Gempak.
Sementara itu, Adib turut menyangkal dakwaan ramai bahawa kemesraannya bersama Iman adalah gimik bagi muzik lagu terbaharu Iman Troye, Bunga Kemboja.
Sebaliknya, hanya memaklumkan ‘chemistry’ yang terjalin antara mereka datang secara semulajadi.
“Saya pun tak pasti tentang gimik itu sebab saya pun tiada berbual dengan Iman sebegitu.
“Saya rasa selesa, kali pertama saya jumpa dia pun dia sangat baik cara dia layan saya, lemah-lembut punya, chemistry itu tidak dibuat-buat memang natural.
BERITA TRENDING: Ibu Bapa Diugut Bunuh, Iman Troye Tidak Buat Laporan Polis - "Saya Rasa Yang Tulis Itu ..."
BERITA TRENDING: Jumpa Alat Mainan S*ks, Bahan Penganiayaan
BERITA TRENDING: Sorakan & ‘Standing Ovation’ Tanda Sokongan
“Saya pemalu kalau jumpa Iman saya auto banyak cakap, dia memang gila-gila.
“Dari segi chemistry ada, tapi untuk lerbih itu tak boleh lagi la sebab kita pun baru saya tidak boleh menjanjikan apa-apa doa yang baik-baik sahaja lah,” ujarnya.
Terdahulu, satu video yang memaparkan kemesraan Adib bersama Iman Troye menjadi banan bualan warganet baru-baru ini.