Kerap menjadi mangsa buli siber, penyanyi Iman Troye mengakui pernah berdepan ugutan bunuh terhadap kedua-dua ibu bapanya.

Malah, dedah Iman atau nama sebenarnya Siti Nur Alyssa Sahabudin, 21, dia juga pernah diancam untuk dicederakan oleh individu tidak dikenali di media sosial.

"Ada sampai ugut nak bunuh ibu bapa saya, jadi buat apa nak layan, selagi ia tidak menjejaskan kehidupan saya. Saya rasa ia pun sekadar cakap-cakap ayam.

"Dia cakap suatu hari nanti kalau jumpa nak bunuh parents saya dan pukul saya. Tapi saya ambil endah tak endah," katanya kepada Gempak.

Tak buat laporan polis

Iman yang ditemui pada majlis Raikan Keputusan SPM anjuran Pusat Tuisyen PTTI baru-baru ini bagaimanapun tidak membuat laporan polis terhadap ancaman itu.

"Saya tak buat sebarang laporan polis, saya rasa itu budak yang komen. Mungkin terlepas cakap atau saja nak menyakitkan hati saya. Jadi, saya tak layan sangat.


"Kalau mengancam keluarga atau keselamatan, mestilah akan buat laporan polis, kalau ia datang daripada budak-budak, tidaklah," katanya.

Pelantun lagu Harum Sundal Malam itu juga akui dirinya merupakan individu yang gemar membaca komen atau kiriman mesej berkaitan dirinya, biarpun ada yang berbaur negatif dan provokatif.

"Saya suka baca komen, DM, posting orang yang seangkatan dengannya yang berkaitan dengan saya. Tapi apabila saya rasa saya tak boleh nak kawal, saya akan berhenti dan cari orang sekeliling saya.

"Saya akan ambil segala komen positif dan negatif untuk dijadikan panduan dan memotivasikan diri saya. Saya fikir, masih ada yang cakna tentang hidup saya dan ingin tegur kesalahan saya. Jadi saya harus bersyukur dan ambil ia secara positif," tambahnya.

Dalam perkembangan lain, Iman bakal melancarkan lagu terbaharunya berjudul Kemboja dan akan menangguhkan seketika pengajian peringkat diploma di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang muzik.

A post shared by IMAN ALYSSA SAHABUDIN ? (@imantroye)


BERITA TRENDING: "Kaki Saya Bengkak, Telinga Berdesing" - Iman Troye Kemalangan

PILIHAN PEMBACA:
Bibir Tebal Dikata Sama Macam Vida, Iman Troye Tak Kisah Pun! - "Mata Orang Beza-Beza"

***
Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?


Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.