Hiburan
Dihina 'Gemuk,Busuk Dan Buruk', Netizen Sokong Otam Blurr Ambil Tindakan Undang-Undang - “Saman Dan Bawa Kes Mahkamah Je”
Pempengaruh, Otam Blurr meluahkan rasa kecewa apabila ada individu cuba menghina fizikalnya di media sosial.
Menerusi perkongsian di TikTok, Otam memaklumkan dia tidak boleh menerima tindakan individu tersebut yang sudah mengutuk fizikalnya namun meminta untuk menganggap ia sebagai satu gurauan sahaja.
"Masa wedding di Baling, ada orang buat story tanpa pengetahuan aku.
"Aku okay sahaja, tak ada masalah pun untuk repost. Tapi ada seorang netizen sekadar berani guna akaun palsu dan komen cakap aku gemuk,busuk dan buruk untuk sekian kalinya aku tak boleh terima,” katanya.
@otamblurrrr Smlm mase wedding kat Baling Kedah,ade org buat story tnpa pengetahuan aku.Aku ok je xde masalah pun utk repost.TQ awk ❤️.tp ade seko netizen sekadar berani guna fake akaun ni komen ckp aku “GEMOK,BUSUK,BURUK” utk sekian kali nye aku x bole terima.Ko dh kutuk2 pastu ckp joke.Ni bole dikategorikan sebagai “body shaming” ke? Dulu aku dh puas kurus,bg lah cannn nk cube jd gemok.Aku tak terasa pun org ckp aku gemok skrg,mmg ye aku tgh menembam.tp utk kes ni,kau kutuk2 aku pastu ko ckp joke.kepala mak ngah kau!!♬ original sound - OtamBlurr
Pemilik nama Mohd Rustam Johari menyatakan dia sejujurnya tidak kisah dengan panggilan gemuk, namun apa yang mendatangkan amarah apabila individu tersebut merasakan perkara itu sebagai satu jenaka.
“Kau dah kutuk lepas tu cakap bergurau, ini boleh dikategorikan sebagai “body shaming” ke?
“Dulu aku dah puas kurus bagi lah peluang untuk cuba jadi gemuk. Aku tak kisah orang cakap aku gemuk memang sekarang tengah temban tapi kau dah kutuk lepas tu cakap joke. memang aku marah," ujarnya.
Menerusi tinjauan Gempak diruangan komen, rata-rata netizen meminta Otam untuk mengambil tindakan keatas individu berkenaan.
“Bro pergi je report ke MCMC, pastu buat kes siber buli. Confirm masuk mahkamah punya”
“Agak-agak la nak melawak pun”
“Legit Body Shaming”
“Saman dan bawa kes mahkamah je”
“Saman je bang, dah kira body shaming. Naik mahkamah terus,” kata netizen.
Sekadar info, Perbuatan mengutuk, menghina dan mencaci bentuk tubuh seseorang adalah satu kesalahan jenayah yang boleh diambil tindakan undang-undang.
Pelaku jenayah body shaming boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Jika sabit kesalahan, pelaku boleh dihukum penjara tidak melebihi satu tahun, denda tidak lebih RM50,000 atau kedua-duanya sekali.
Must-Watch Video