Berita
Dijanji Gaji RM15K Sebulan Di Taiwan, Lelaki Ini ‘Dilarikan’ Sindiket Pemerdagangan Manusia Ke Myanmar - “Masih Ada 7 Warga Malaysia…”
Seorang lelaki mengimbau pengalaman dikurung dalam bilik hitam selama tiga hari tanpa makan dan minum selepas menjadi mangsa pemerdagangan manusia di Myawaddy, Myanmar lima bulan lalu.
Dikenali sebagai Steven, lelaki berusia 38 tahun itu berkata, dia menerima hukuman sedemikian gara-gara gagal memenuhi arahan majikannya pada waktu itu.
Pemerdagangan manusia
“Saya dikurung selama tiga hari dalam ‘bilik hitam’ tanpa diberi makan dan minum, selain turut dipukul.
“Dia minta saya jadi penterjemah dari bahasa lain kepada bahasa Melayu. Saya bahasa Melayu pun kurang. Setiap kali tidak dapat terjemah, saya dipukul oleh mereka.
“Saya berada di sana bukan untuk jadi scammer. Sebaliknya diminta jadi penterjemah bahasa. Lebih teruk, gaji satu sen pun tidak dibayar sepanjang lima bulan kerja di sana,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Steven menambah, dia kemudiannya nekad melarikan diri selepas menyogok kumpulan sindiket itu dengan wang berjumlah RM10,000.
ARTIKEL BERKAITAN: Bekas Kekasih Saman Rapper Sean Diddy Combs, Jadi Mangsa Pemerdagangan S*ks
ARTIKEL BERKAITAN: Tauke Tak Bawa Peralatan Seks, Cuma Petai & Rambutan Gading Untuk Isteri
ARTIKEL BERKAITAN: "Kami Dah Bagi Jamin" - Pelawak Didakwa Bapa Ayam Dibebaskan Dengan Jaminan Polis
ARTIKEL BERKAITAN: "Saya Tak Mahu Kalian Merangkak Di Padang Mahsyar Cari Saya..." - Shahrol Shiro Nafi Terlibat Kes Pemerdagangan Manusia
ARTIKEL BERKAITAN: “Mulut Orang Kita Tak Boleh Nak Tahan…” Tauke Terkilan Nama Dikaitkan Kes Pemerdagangan Manusia
Menurut Steven, selain dirinya, terdapat sekitar tujuh warga Malaysia yang masih berada di sana. Katanya, kebanyakan warga Malaysia itu terdiri daripada bangsa India.
Kongsi Steven, dia terbang ke Bangkok, Thailand sekitar Februari selepas menerima tawaran peluang pekerjaan di sebiah bar di Taiwan. Ketika itu, dia dijanjikan gaji bulanan yang lumayan, iaitu RM15,000 sebulan.
“Mereka minta saya ke Bangkok terlebih dahulu sebelum dibawa ke Taiwan. Bagaimanapun, selepas tiga minggu di sana (Bangkok), mereka kemudian bawa saya ke Myawaddy.
“Sebaik tiba di sana, saya dipukul dan tidak diberi makan dan minum selain diseksa dengan renjatan elektrik. Ketika itu, saya baru sedar saya ditipu,” katanya.
Tambah Steven, dia pernah membuka sebuah kafe di Ipoh, Perak. Begitupun, kafe tersebut terpaksa ditutup disebabkan masalah kewangan.
Steven sempat menasihati rakyat Malaysia supaya tidak mudah percaya dengan orang luar terutama yang menawarkan gaji lumayan.
Sumber: Utusan Malaysia
Kredit foto: Astro Awani dan iStockphoto