Hiburan

Ditinggal Sejak Usia 6 Bulan, Reza Rahadian Tak Teringin Cari Bapa Kandung

Maliah Surip
03/02/2024
03:52 MYT
Sponsor Banner
Ditinggal Sejak Usia 6 Bulan, Reza Rahadian Tak Teringin Cari Bapa Kandung
Reza Rahadian mungkin sangat terkenal dan popular sebagai salah seorang aktor Indonesia yang disegani.
Kemahsyurannya membuat ramai yang tidak sedar Reza sebenarnya memiliki cerita jalan hidup yang kurang baik.
Bintang Layangan Putus itu diketahui hanya dibesarkan ibu selepas bapanya meninggalkan mereka berdua. Reza baru berusia enam bulan sewaktu bapanya menghilang tanpa khabar berita.

BERITA TRENDING: Dibesarkan Sebagai Penganut Kristian Yang Setia, Reza Rahadian Dedah Mengapa Pilih Peluk Islam

Menurut Reza dia dimaklumkan bapanya berada di Iran.
Namun sebagai anak yang tidak pernah mempunyai memori dan melihat sosok bapanya sehingga dia kini berusia 36 tahun, dia tidak pernah bertemu dan tidak terfikir untuk mencari keberadaan lelaki tersebut.
“Saya tidak mempunyai sebarang kenangan dengan bapa kerana ditinggalkan saat terlalu kecil, enam bulan.
“Jadi jujurnya saya tidak tahu bagaimana rasa kehilangan kerana saya tidak juga tahu rasa memilikinya.
“Dan saya juga tidak pernah mencari bapa saya sehingga sekarang. Terakhir saya tahu dia berada di Iran, kampung halamannya,” ujar Reza Rahadian sewaktu menjadi tetamu di YouTube HAS Creative seperti dilaporkan Kompas.com.

PILIHAN PEMBACA:Pelakon Reza Rahadian Bohong Ayahnya Sudah Meninggal Dunia, Hakikatnya...

Reza Rahadian memiliki nama lengkap Reza Rahadian Matulessy. Bapanya dikenali sebagai Rahim merupakan bangsa Iran manakala ibunya, Pratiwi Widantini Matulessy, berdarah Ambon.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar