,
Laman Utama

Pelakon Reza Rahadian Bohong Ayahnya Sudah Meninggal Dunia, Hakikatnya...

Maliah Surip
06/04/2021
01:50 MYT
Pelakon terkenal Indonesia, Reza Rahadian mengejutkan dunia hiburan dan peminat Republik tersebut dengan sebuah pengakuan yang dibuat dalam wawancara bersama Daniel Mananta, malam semalam.
Reza mengatakan selama ini dia hanya berbohong mengenai realiti kehidupannya iaitu tentang ayahnya yang telah meninggal dunia.
Hakikat sebenar, kata pelakon Surga Yang Tak Dirindukan 2 itu, dia tidak pernah kenal dan bertemu dengan ayahnya sepanjang hidup.
"Kalau anda pernah dengar, dulu, saya pernah mengatakan ayah saya telah meninggal dunia.
"Sebenarnya saya bercakap begitu (ayah meninggal dunia) hanya untuk menghentikan pertanyaan.
"Hakikatnya, saya tidak kenal, tidak tahu, tidak pernah berjumpa, i have no idea wujudnya dia seperti apa," kata Reza dalam tayangan YouTube Daniel Mananta secara eksklusif.
Menurut Reza yang kini berusia 34 tahun, dia juga tidak tahu jika bapanya masih hidup atau benar benar telah meninggal dunia.
"Kerana sejujurnya saya tidak tahu bapa saya masih hidup atau telah meninggal dunia," katanya lagi.
Pemenang banyak anugerah di Indonesia itu lagi melanjutkan bicara dengan mengatakan, bapanya telah lama meninggalkan dia dan ibu.
"Bapa pergi meninggalkan kami sewaktu saya berusia sekitar lima atau enam bulan," akuinya.
Sejak itu, ibunya, Pratiwi Widantiti yang membesarkannya dan menjadi tulang belakang keluarga mereka.
"Ibu menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga termasuk menjadi seorang ayah dengan sangat hebat," puji Reza.
Dalam temubual yang sama, bintang filem Perempuan Berkalung Sorban itu juga bercerita tentang keperitan hidupnya sebelum mahsyur sebagai anak seni.
Dia mengaku selain menjadi tenaga pengajar, dirinya pernah menjual karpet untuk membantu ibu dan kelangsungan hidup selepas ibunya hilang pekerjaan.
"Saya lakukan apa sahaja yang mendatangkan duit untuk hidup. Mengajar, jualan karpet! Ibu mengajar saya untuk jadi kuat kerana katanya satu masa nanti cabaran hidup saya akan jauh lebih teruk darinya," kata Reza.
Kredit Foto: Liputan6.com
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

Hael Husaini & Nadeera Bakal Terbang Ke Indonesia Harumkan Nama Negara

gempak
22/11/2024
13:53 MYT
Dua bintang popular di bawah naungan label terkemuka, Rocketfuel Entertainment, Hael Husaini dan Nadeera akan terbang ke Jakarta, Indonesia bagi menjayakan acara penuh gemilang 29th Asian Television Award (ATA29).
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Hiburan

Pemain Gitar Utama Spider, Napie Meninggal Dunia

gempak
22/11/2024
00:08 MYT
Pemain gitar utama Spider, Hanafi Hamdan atau Napie meninggal dunia selepas lebih empat bulan diserang angin ahmar.
Hiburan

Tak Pernah Dibuli Di Set Penggambaran, Iedil Putra Titip Pesan Buat Pelakon - “Jangan Buat Perangai Orang Tak Suka”

gempak
21/11/2024
13:55 MYT
Pelakon Iedil Putra mendedahkan dirinya tidak pernah mengalami pengalaman 'dibuli' di set penggambaran sepanjang penglibatannya dalam industri hiburan.
Unitar