Hiburan

Dituduh Tak Ikhlas Mohon Maaf & Tak Jujur Hubungan Dengan Aliff Aziz, Ini Respons Ruhainies!

Asyikin Mayudin
08/05/2024
00:55 MYT
Sponsor Banner
Dituduh Tak Ikhlas Mohon Maaf & Tak Jujur Hubungan Dengan Aliff Aziz, Ini Respons Ruhainies!
Pemohonan maaf secara terbuka kepada pelakon dan penyanyi Bella Astillah yang dilakukan oleh pelakon sensasi, Ruhainies menerusi program hiburan baru-baru ini mendapat kritikan netizen.

Anggap Diri & Allah Saja Tahu

Rata-rata netizen mendakwa, aktres itu seakan-akan tidak ikhlas memohon maaf memandangkan dirinya didakwa kelihatan seperti tidak bersalah.
Terpulang netizen hendak berfikiran seperti itu, Ruhainies bagaimanapun menegaskan keikhlasan itu hanya dirinya dan Allah sahaja yang mengetahui.
“Apa yang saya boleh katakan, cuma diri saya dan tuhan saja tahu. Orang nak cakap ikhlas ke tak, terpulang la. Itu bukan dalam kawalan saya.
“Saya pun tak boleh nak cakap apa-apa,” kata Ruhainies kepada Gempak ketika ditemui di Rumah Terbuka FiziWoo pada Isnin.

Mahu Buka Buku Baru

Ketika ditanya mengenai tindakannya sebelum ini tidak mengaku ada hubungan dengan Aliff Aziz, Ruhainies berkata dia memilih untuk enggan lagi mengulas.
“Sejujurnya, saya tak nak cerita panjang lebar lagi fasal isu ini. Sebab saya rasa cerita ini dah sampai ke penghujung dah… InsyaAllah, itu yang kita semua harapkan.
“Saya percaya, bukan saya sahaja… semu orang termasuk netizen pun dah penat dengan isu ini. Dah panjang sampai dua bulan. Kalau boleh kita nak tutup buka dan nak buku baru.
“Sebab dari pihak Aliff pun dah minta maaf, daripada pihak saya pun dah minta maaf. Jadi, saya harap, saya tak nak panjang lebar lagi, sebab kita nak fokus perkara yang lebih berfaedah,” ujarnya.

BERITA TRENDING: Sarah Yasmine Sindir Ruhainies? - “Tiba-Tiba Ada Interview…”

BERITA TRENDING: “Ada 2 hingga 3 Juta Yang Tengok IG Saya Setiap Hari…” - Ruhainies Nafi Diri Sendiri Berbalas Soalan Di Instastory

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar