Hiburan
“Doakan Aunty Dapat Baby Boy” - Sedih Dengar Permintaan Fazura, Netizen Doa Supaya Cepat Bertemu Jodoh
Pelakon, Nur Fazura menarik perhatian warganet tular sebuah video yang memaparkannya meminta peminat cilik mendoakan supaya dia mendapat anak lelaki.
Video yang dikongsikan menerusi laman TikTok itu, menyaksikan Fazura menegur peminatnya itu ketika mereka ingin mengambil gambar bersamanya.
“Dua orang anak ya. Doakan aunty dapat boy,” kata Fazura ringkas kepada kanak-kanak lelaki tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan pelakon yang popular dengan filem pisau cukur itu cepat bertemu jodoh dan dapat memberi puterinya iaitu Fatima adik lelaki.
ARTIKEL BERKAITAN: Sampaikan Lagu Bertahan Demi Cinta Secara Live, Netizen Terkedu - "Sedap Part Dia…”
ARTIKEL BERKAITAN: Usai Keputusan Mahkamah Hak Penjagaan, Fattah Amin Kongsi Video Luang Masa Bersama Anak - “Daddy Tak Kisah Dukung Fatima Selalu Walaupun…”
ARTIKEL BERKAITAN: Mendunia! Akaun TikTok FIFA Guna Lagu Fazura Sebagai Muzik Latar, Netizen Terkejut… Ada Yang Tak Sangka - “Aku Check Banyak Kali Weh”
ARTIKEL BERKAITAN: Nyanyi Lagu Adele, Peminat Puji Suara Fazura Menenangkan - "Love It When You Sing In English"
“Cantiknya Fazura harap siap jodoh Fazura harap dia boleh lindungi dan bimbing Fazura.
“Sian dengar. Faz dari dulu nak baby boy.
“Dari dulu dia sebut nak adik Fatima nak baby boy. Semoga ada rezeki Fatima dapat adik.
“Semoga satu hari nanti faz ditemukan jodoh dan dikurniakn baby boy.
“Amin..semoga jumpa jodoh baik-baik,” kata netizen.
Sekadar info, Fazura sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Fattah Amin namun disahkan bercerai talak satu selepas tujuh tahun melayari bahtera perkahwinan.
Pada 13 September, Fazura telah memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari dan bercerai pada 7 Oktober yang lalu.
Hasil perkahwinan, mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya.
Must-Watch Video