Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Fazura berkongsi sebuah rakaman yang memaparkan dia menyanyikan semula lagu ‘Make You Feel My Love” nyanyian asal Adele.
Dalam video tersebut, bintang filem Pisau Cukur itu turut berduet dengan seorang penyanyi asal Indonesia, Kayla Islamadina.
Rata-ratanya memuji nyanyian Fazura dengan mengatakan ia sangat menenangkan apabila melantunkan lagu hits tersebut.
“You have great accent Kak Faz,” komen seorang peminat.
“Wow percet voice,” komen pelawak, Ropie.
“Soothing suara Faz,” tulis netizen lain.
“Love it when you sing it in English,” puji netizen lagi.
Terdahulu, Fazura mendapat perhatian ramai apabila membuat persembahan nyanyian di sebuah program televisyen Indonesia.