Laman Utama

Dr. Erin Freehair Bukan Kerana Dapat Suami Muda - "Suami-Suami Sebelum Ni Tak Berapa Suka Saya Bertudung Tapi Depa Bagi Je"

Amri Hassan
07/03/2022
02:55 MYT
Sponsor Banner
Dr. Erin Freehair Bukan Kerana Dapat Suami Muda - "Suami-Suami Sebelum Ni Tak Berapa Suka Saya Bertudung Tapi Depa Bagi Je"
Bekas isteri kepada pendakwah bebas Da'i Farhan, Dr. Erin menegaskan tindakannya tidak lagi berhijab bukan disebabkan perkahwinan dengan lelaki lebih muda daripadanya.
BACA: Bekas Isteri Da'i Farhan Kini Freehair? Dr. Erin; "Semua Ujian Saya Dapat Harungi Dengan Cemerlang, Tapi Bab Aurat Ni..."
Sebaliknya, tegas Dr. Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim Mohd Radzi, dirinya pada asal sememangnya 'freehair' sebelum mendirikan rumah tangga dengan beberapa lelaki sebelum ini.
"Ramai tanya saya kenapa dari berhijab boleh freehair hair adakah sebab dapat suami muda? For your info suami-suami saya memang kebanyakannya muda dari saya nak buat macam mana Allah hantar yang muda-muda.
"Saya dari azali memang freehair dari zaman saya keluar masuk paper, jadi pensyarah short course untuk hairstylist di giatmara, zaman saya dalam dunia politik, dunia bisnes, mana-mana pun orang yang kenal saya akan tahu macam mana strugglenya saya dalam usaha nak istiqomah pakai tudung.
"Saya dapat suami sebelum-sebelum ni yang tak berapa suka saya bertudung tapi depa bagi je saya bertudung.
"Tapi itulah bila bertudung laki tak berapa support ni, tak ada yang control ke laut baliklah saya," ceritanya dalam satu hantaran di Instagram baru-baru ini.
Tambah Dr. Erin lagi, suami muda tidak sepatutnya menjadi isu dikaitkannya dengan penampilan terbaharu seperti yang dikongsikan di Instagram sejak akhir-akhir ini.
"Jangan kata suami muda so saya kena jadi muda dan sebab dia muda nak jadi muda dan buka tudung. Tidak langsung sebab dia kenal saya, saya dah freehair dan dia tak tahu pun saya siapa.
"Jangan salahkan siapa-siapa dalam tindakan saya. Kesedaran saya dalam hukum-hakam agama jelas.
"Terima kasih atas segala teguran, nasihat serta doa yang baik-baik.. Moga Allah mudahkan urusan kalian semua dunia akhirat," tambahnya. Bagaimanapun, Dr. Erin terus diberikan kata-kata semangat dan motivasi untuk kembali kekal istiqamah berhijab dan menutup aurat dengan sempurna.
Terdahulu, Dr Erin dan Da’i Farhan mencetuskan kontroversi apabila didakwa berkahwin secara senyap-senyap di Makkah pada November 2019 tanpa pengetahuan isteri pertama pendakwah bebas itu.
Selepas berpisah dengan Dr Erin yang juga dikenali sebagai wanita ‘aura ke-19’, Da’i Farhan bernikah semula dengan bekas isteri Fatin Nurul Ain pada Mei lalu.
Terkini, Dr. Erin difahamkan telah berkahwin dengan seorang lelaki yang enggan didedahkan identiti sebenar.
Foto: IG @drholisw
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar