Hiburan
EKSKLUSIF: Selebriti Muslimah Didakwa Sondol Suami Orang, Wanita Tampil Beri Amaran - "Saya Tak Teragak-Agak Dedah Bukti!"
Ibarat telur di hujung tanduk! Demikian situasi terkini rumah tangga sepasang suami isteri selepas didakwa telah diganggu oleh seorang selebriti wanita berpenampilan muslimah sejak dua tahun lalu.
Tampil secara eksklusif mendedahkan sikap dan perangai sebenar selebriti itu, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Y tidak menyangka hubungan istimewa suaminya dan selebriti wanita itu terjalin secara diam.
"Kami suami isteri mula berkenalan dengan selebriti wanita itu apabila dia menjadi pelanggan bisnes kami. Selepas itu, saya dan dia mula rapat sehingga saya sendiri dah menganggap dia sebagai famili.
"Dia sering datang ke rumah dan saya tidak mengesyaki sebarang perkara mencurigakan disebabkan imej muslimah dan sikap lemah lembut yang dia bawakan.
"Dia turut membawa anaknya bermain dengan anak kami di rumah. Sehinggalah saya rasakan sesuatu yang pelik kerana interaksi dan bahasa tubuh selebriti itu dengan suami saya sangat berbeza," dakwanya.
Kantoi mesej mesra
Bagaimanapun, hubungan mesra antara selebriti wanita itu dan suami Y dapat dihidu apabila Y membaca mesej mereka secara tidak sengaja di media sosial."Alangkah terkejutnya saya apabila terbaca mesej mesra mereka. Selebriti yang saya anggap sebagai keluarga, orang yang saya sangka baik dan berpenampilan suci murni memanggil suami saya dengan panggilan manja. Rupanya dia sudah lama mahu mendekati suami saya dan mereka telah menjalinkan hubungan istimewa selama hampir dua tahun.
"Saya bersemuka dengan selebriti itu namun dia pusing cerita. Dia menggunakan alasan agama dan mahu saya menerima dia sebagai madu. Saya sangat kesal kerana telah melayan dia seperti keluarga namun akhirnya dia tikam belakang saya," dakwanya lagi.
Suami bagi hint poligami
Lebih memburukkan keadaan, selebriti itu tidak berputus asa untuk meraih perhatian dan usaha untuk bergelar isteri kedua kepada suami Y."Dia masih berusaha, menghantar saya petikan hadith dan ayat-ayat Islamik berkenaan poligami. Suami juga memujuk agar kami duduk bertiga dan berbincang mengenai perkara ini sedangkan saya memang tak bersetuju sejak awal sehingga rumah tangga kami goyah.
"Tujuan saya tampil mendedahkan perkara ini kerana mahu menyelamatkan rumah tangga saya dan suami. Saya tak mahu bermadu dan mahu mengekalkan keharmonian perkahwinan.
Difahamkan, selebriti wanita berstatus muslimah itu pernah didakwa menghancurkan dua rumah tangga lain sebelum ini."Jika selebriti itu masih berdegil, saya tidak teragak-agak untuk mendedahkan identiti dirinya berserta bukti dia mengganggu rumah tangga saya," dakwanya lagi.
BERITA TRENDING: Pernah Dituduh Penyondol, Nissa Sabyan & Ayus Nikah Julai Lalu
BERITA TRENDING: Hugh Jackman Curang Sampai Cerai, Isteri Penulis Skrip Jadi Penyondol
BERITA TRENDING: Panggilan Manja Seperti ‘Baby’, ‘Sayang’, ‘Cinta’ Boleh Harmonikan Rumah Tangga
BERITA TRENDING: "Sengsara Dia Buat Saya Bahagia!" - Wanita Bangga Rembat Suami Kakak Sendiri, Simpan Dendam Sejak Kecil
Must-Watch Video