Hiburan

Enggan Tergesa-Gesa Dirikan Rumah Tangga, Shu Shukri Tak Malu Bergelar Janda - “Shu Tak Tertekan…”

Muhammad Firdaus
10/03/2024
22:55 MYT
Sponsor Banner
Enggan Tergesa-Gesa Dirikan Rumah Tangga, Shu Shukri Tak Malu Bergelar Janda - “Shu Tak Tertekan…”
Setelah setahun bergelar ibu tunggal, bekas isteri pelakon, Hafidz Roshdi, Shu Shukri mendedahkan dirinya kini lebih berhati-hati dalam memilih pasangan hidup.
Shu atau nama sebenarnya, Nurul Shuhada Shukri, 30, ketika ditemui Gempak berkongsi dirinya tidak malu dengan gelaran janda serta enggan tergesa-gesa dalam mendirikan rumah tangga.

BERITA TRENDING: Kes Tumbuk Pipi: "Saya Harap Diadili Sebaiknya Oleh Mahkamah" - Shuhada

“Shu kena sembuhkan diri Shu dulu, Shu tak nak benda tu jadi ‘rebound’, Shu dah belajar dari kesilapan, Shu tak nak sakitkan hati orang. Shu tak mahu gunakan orang lain untuk lupakan si dia (Hafidz Roshdi).
“Kalau boleh nak Allah bagi permulaan dan pengakhiran yang baik. Jadi untuk yang seterusnya ini biarlah sampai bila-bila, kena lebih berhati-hati.
“Shu tak tertekan, Shu tak malu dengan gelaran janda, Shu dah terima dan Shu redha dengan ujian dan takdir Allah untuk Shu. Itulah yang terbaik,” ujarnya.
Sementara itu, Shu sempat berkongsi azam Ramadannya untuk tahun 2024, di mana dirinya menyasarkan untuk khatam Al-Quran dalam masa 30 hari.
“Dulu Shu Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), kami (pelajar) dulu memang setiap tahun khatam Al-Quran. Jadi apa yang Shu nak sangat-sangat untuk tahun ni, Shu nak khatam Al-Quran untuk Ramadan ni,” kongsinya.
Terdahulu, Shu Shukri pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Hafidz Roshdi pada 30 April 2016 namun disahkan bercerai pada Februari 2023.
Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, iaitu Humairah, 7, dan Umar, 4.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar