Hiburan

Fatin Afeefa Hantar Anak Masuk Sekolah Tahfiz, Menangis Dengar Adam Baca Lafaz Janji Hafaz Al-Quran

Mya Amri
05/11/2024
20:55 MYT
Sponsor Banner
Fatin Afeefa Hantar Anak Masuk Sekolah Tahfiz, Menangis Dengar Adam Baca Lafaz Janji Hafaz Al-Quran
Pelakon, Fatin Afeefa tidak dapat menahan sebak selepas menghantar anak sulungnya, Adam Aisy Arrian menyambung pengajian ke sekolah tahfiz.

Menangis lihat anak

Menerusi video pendek yang dimuat naik oleh pusat tahfiz berkenaan, jelas merakamkan Fatin bersama suaminya iaitu Aliff Awang dilihat berdiri sambil memerhatikan Adam yang sedang membaca lafaz janji.
Dalam lafaz tersebut, Adam berjanji akan berusaha untuk menghabiskan hafalannya dalam tempoh satu tahun dan berharap perjalanannya untuk menjadi seorang hafiz dipermudahkan.
Bagaimanapun, Fatin tidak dapat menahan sebak dan terus mengalirkan air mata saat melihat anaknya membaca lafaz janji berkenaan.

“la adalah tangisan penuh makna, lahir dari lubuk hati seorang ibu dan ayah di dunia realiti, saat menghantar anak mereka ke tahfiz.

“Perjuangan kini bermula. Beruntunglah ibu bapanya dikurniakan anak yang berada di jalan menghafal Quran.

“Tahniah Puan Fatin Afeefa dan suami kerana telah memilih untuk berada dalam perjuangan ini bersama anak. Moga Allah permudahkan langkah mereka,” coret pusat tahfiz berkenaan di bahagian kapsyen hantaran di TikTok.
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar perjalanan Adam untuk bergelar seorang penghafaz Al-Quran suatu hari nanti dipermudahkan.
@akademiakmal Ia adalah tangisan penuh makna, lahir dari lubuk hati seorang ibu dan ayah di dunia realiti, saat menghantar anak mereka ke tahfiz. Perjuangan kini bermula. Beruntunglah ibu bapanya dikurniakan anak yang berada di jalan menghafal Quran. Tahniah Puan Fatin Afeefa dan suami kerana telah memilih untuk berada dalam perjuangan ini bersama anak. Moga Allah permudahkan langkah mereka ??✨ #akmalspeedtahfizprogramme #hafizsetahun #akademiakmal #tahfiz #tahfizakmal #alquran #hafizquran #30juzuk #fatinafeefa #hafizquran #fyp #sahamakhirat ♬ original sound - Akademi Al-Quran AKMAL
Untuk rekod, Adam merupakan anak daripada hasil perkahwinan pertama Fatin.
Fatin juga pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013, namun bercerai 30 Mei 2017.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ivy Herra Sophia, 9 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN:Tiada Halangan Untuk Berjumpa, Ada Sebab Fatin Afeefa Bimbang Nak Lepaskan Anak Perempuan Bermalam Dengan Adam Shahz - “Sebagai Ibu, Sudah Tentulah Saya…”

ARTIKEL BERKAITAN:Dedah Wajah Baby Boy, Bulu Mata Anak Fatin Afeefa Jadi Bualan Netizen - “Handsomenya Dia, Eyelashes Lentik Macam Mommy”

ARTIKEL BERKAITAN:Teka-Teki Terjawab, Suami Fatin Afeefa Dedah Baby Kini Usia 7 Bulan - “Takkanlah Tak Boleh Nak Beritahu Dunia Saya Ada Anak Baru”

ARTIKEL BERKAITAN:Hormat Permintaan Suami, Fatin Afeefa Berhenti Berlakon & Menyanyi - “Dia Kata Semua Itu Adalah Aurat”

ARTIKEL BERKAITAN:“Pakai Tudung Tak Wajib Tapi Tutup Aurat Itu…” - Fatin Afeefa

Fatin kini mendirikan rumah tangga dengan Aliff atau lebih dikenali sebagai Opai pada Disember 2022.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Jibril yang kini berusia tujuh bulan.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar