Hiburan
Gimik Bagi Cincin, Adira Nafi Dakwaan Mempermainkan Isu Rumah Tangga - “Cukuplah Hanya Saya & Abang Red Sahaja Tahu”
Penyanyi, Adira Suhaimi menafikan dakwaan mempermainkan isu rumah tangga bersama bekas suaminya iaitu usahawan yang kini dipanggil Abang Red.
Perkahwinan bukan permainan
Malah kata Adira, dia lebih selesa memilih untuk tidak terlalu berkongsi mengenai kisah peribadinya bersama Abang Red kepada umum.
“Mulut orang saya tak boleh nak tutup, yang mana tahu, tahu sahajalah. Tapi kalau nak kata main-main tentang perkahwinan, cerai dan sebagainya, semua orang pun tahu benda itu tidak boleh dibawa main.
“Jadi apa yang berlaku itu adalah jalan dan proses yang perlu saya hadapi, tidak perlu untuk semua orang faham kenapa, tak perlu orang tahu kenapa.
“Cukuplah hanya saya dan abang Red sahaja yang tahu serta keluarga terdekat,” katanya
Adira berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pelancaran cincin terbaharu Siti Adira Miragold Collection bertempat di Magica Grand Hall, Star Avenue Lifestyle Mall pada Khamis.
Beri cincin hanya gimik
Dalam pada itu, Adira juga turut menjelaskan mengenai gimik Abang Red membawakan cincin kepadanya untuk dipakai pada acara pelancaran koleksi cincin Siti Adira.
Jelas Adira, gimik itu telah mendapat kebenaran dan persetujuan Abang Red sendiri sebagai salah satu acara untuk menyempurnakan majlis pelancaran tersebut.
“Macam babak cincin diberi ketika acara berlangsung pula, bukan niat untuk main-main tetapi itu adalah sebahagian daripada acara untuk menjayakan majlis.
“Alhamdulillah, saya sangat-sangat bersyukur sebab abang Red pun memberikan komitmen penuh. Jadi saya sangat menghargai dia yang mahu membantu.
“Sebenarnya bukannya nak beri cincin tu tanda mahu berkahwin, tidak. Tiada niat untuk main-main pun sebaliknya adalah sebahagian daripada majlis.
“Untuk menjayakan, mencantikkan dan menyempurnakan lagi majlis tersebut,” jelasnya.
Terdahulu, gimik Abang Red membawakan cincin kepada Adira semasa majlis pelancaran cincin terbaharu Siti Adira Miragold Collection itu menerima pelbagai reaksi netizen.
Ada yang suka dan ada juga yang menyatakan rasa kurang senang melihat kemesraan bekas suami isteri itu.
Malah ada juga dalam kalangan netizen mendakwa Adira dan Abang Red seolah-olah mempermainkan isu rumah tangga.
ARTIKEL BERKAITAN:Adira Suhaimi Anggap Fazura Sama Seperti Dirinya - “Dia Macam Saya Tak Tunjuk…”
ARTIKEL BERKAITAN:"Tipu Dosa, Saya Tak Kenal Datuk H... Netizen Yang Memandai-Mandai" - Adira
ARTIKEL BERKAITAN:Datuk Red Tak Pernah Nak 'Singkirkan' Datin Red Dalam Perkahwinan, Anggap Diri Tiada Jodoh
ARTIKEL BERKAITAN:"Alhamdulillah Adira Bagi Saya Peluang" - Datuk Red
ARTIKEL BERKAITAN:Tak Tuntut Nafkah, Adira Suhaimi Faham Keadaan Datuk Red - “Saya Tak Nak Susahkan Dia Yang Tengah Down”
Untuk info, Abang Red dan Adira berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun.
Sementara itu, Datuk Red juga memiliki tiga orang cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan dengan Datin Red.