Hiburan

#GMWA23: “Nak Dibandingkan Dengan Ryan Bakery Jauh Bezanya” - Farihi Narnia Tak Sangka Masuk Top 5

Mya Amri
18/01/2024
06:55 MYT
Sponsor Banner
#GMWA23: “Nak Dibandingkan Dengan Ryan Bakery Jauh Bezanya” - Farihi Narnia Tak Sangka Masuk Top 5
Personaliti media sosial, Farihi Narnia berharap tidak ada orang yang akan membandingkan dirinya dengan pencipta kandungan digital popular iaitu Ryan Bakery.
Menurut Farihi, sahabatnya itu sudah pun mempunyai kelas tersendiri berbanding dirinya yang masih baharu.
“Nak kata kalahkan Ryan tu tak adalah sebab nak dibandingkan saya dengan dia sangat jauh bezanya. Tak adil untuk saya bersaing dengan dia.
“Dia ada kedudukan yang tersendiri. Ryan Bakery ni biarlah tak masuk ke apa ke, orang akan cakap dia tetap Ryan Bakery.
“Untuk dibandingkan tu… Saya masih lagi kecil dan baru. Untuk melangkah ke arah dunia ini masih lagi jauh.
“Walaupun dia sahabat saya tetapi saya memang merasakan yang Ryan ada kedudukan tersendiri,” katanya kepada Gempak.
Farihi ditemui selepas sidang media pengumuman Top 5 Gempak Most Wanted Awards 2023 (GMWA 2023) yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavillion Kuala Lumpur pada Rabu.
Mengulas mengenai dirinya dipilih sebagai finalis bagi kategori Top 5 Digital Content Creator (Hiburan) Tergempak, Farihi berkata dia sendiri tidak menjangkakan perkara itu.
“Saya rasa sangat gembira dan tak sangka dapat masuk Top 5 untuk Gempak Most Wanted Awards 2023 sebab sebenarnya masa Top 20 itu pun sudah sangat mencabar.
“Yang tercalon semuanya bukan calang-calang nama mereka jadi bila dapat masuk saya rasa macam Ya Allah betul ke ni.
“Bersaing dengan orang-orang yang hebat tapi dapat tetcalon saya rasa sangat gembira, rezeki alhamdulillah,” ujarnya.

PILIHAN PEMBACA: #GMWA23: Faisal Suhaimi, Farihi Narnia, Forepppp, Linda Said & Rahman Chea Diumum Calon Top 5 Digital Content Creator (Hiburan) Tergempak

Selain Farihi, barisan pencipta kandungan lain yang turut diumumkan adalah Faisal Suhaimi, Forepppp, Linda Said dan Rahman Chea.
GMWA 2023 akan dihoskan oleh Amelia Henderson, Sean Lee, Zizan Razak dan Sherry Alhadad.
Undian Top 5 GMWA23 bermula 17 Januari 2024 sehingga 25 Februari 2024 pukul 12 tengahari.
Anda boleh mengundi 1 kategori dengan 50 kredit undian setiap hari.
Jumlah undian akan dikira bagi menentukan juara bagi setiap kategori, seterusnya dinobatkan sebagai Gempak Most Wanted 2023. Undian boleh dibuat menerusi laman web www.gempakmostwantedawards.com.
Mengekalkan format yang sama seperti tahun sebelumnya, calon yang mendapat undian keseluruhan tertinggi daripada kesemua kategori akan dinobatkan sebagai pemenang anugerah utama ‘Gempak Most Wanted 2023’.
Selain itu, anugerah ‘Gempak Hall of Fame’ juga diberikan kepada calon yang telah memberi impak yang tinggi kepada masyarakat berdasarkan undian daripada pengguna media sosial dan para peminat.
Malam anugerah GMWA 2023 akan berlangsung pada 25 Februari 2024 secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, eksklusif di saluran Astro Ria (104) dan On Demand.
Acara ini juga boleh ditonton di platform penstriman YouTube, Facebook dan TikTok Astro Gempak menerusi GMWA 2023 Live+.
Acara kemuncak ini bakal menampilkan konsep Y2K dan akan mengimbas kembali era kebangkitan evolusi digital dari segi fesyen, muzik, dan gaya hidup.
Acara berprestij GMWA 2023 akan dimeriahkan dengan persembahan daripada DOLLA, Akim & The Majistret, Aina Abdul, Khai Bahar dan kemunculan istimewa, diva dari Nusantara.
Acara kemuncak GMWA 2023 turut menampilkan segmen Sunsilk Moisture Boom di malam anugerah.
Satu kategori khas diwujudkan dengan nama ‘Anugerah Next Level Rambut Tetap Boom!’, di mana semua peminat berpeluang untuk mengundi kategori ini melalui laman web dan maklumat lanjut akan dikongsikan menerusi rancangan mingguan Gempak Most Wanted pada bulan Februari kelak.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar