UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
Hiburan

#GMWA24: “Syukur Dia Popular Hingga Tahap Ini” - Azhar Sulaiman Harap Leona Tak Sombong, Kekalkan Sikap Merendah Diri

Mya Amri 05/02/2025 | 11:55 MYT
Pelakon, Azhar Sulaiman bersyukur apabila anaknya, Kasih Iris Leona tercalon dalam Top 5 Digital Creator (Hiburan) Tergempak di Gempak Most Wanted Awards 2024 (GMWA24).

Harap ada rezeki menang Sebagai seorang bapa, Azhar juga berharap kemenangan menjadi milik Leona sekiranya ada rezeki.

“Syukur dia menjadi popular hingga ke tahap ini dan saya harap dia menang.

“Alhamdulillah dia tercalon top 5, semoga ada rezeki untuk dia. All the best Leona,” katanya kepada Gempak.

Pesan supaya sentiasa merendah diri

Dalam pada itu, Azhar juga memberikan pesanan buat Leona supaya tidak sombong di masa akan datang dan sentiasa merendah diri.
“Apabila anda melakukan sesuatu dan anda lakukannya dengan betul dan bersungguh-sungguh maka inilah hasilnya.

“Jadi daripada main-main, sekarang dah jadi satu perkara yang serius dan Leona pun sudah masuk dalam tv, saya sangat gembira untuk dia.

“Leona sentiasa ingat ya, untuk maju ke hadapan, untuk berjaya dalam hidup, kita perlu bersikap baik kepada semua orang dalam hidup kita,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Bapanya Pun Juara Hilang Barang, Sejenis Pelupa” - Leona Kerap Lupa, Rupanya Ikut Perangai Azhar Sulaiman

ARTIKEL BERKAITAN:Azhar Sulaiman Izinkan Leona Kahwin Tahun Hadapan - "Syaratnya, Tolong Pastikan Bakal Suami..."

ARTIKEL BERKAITAN:Azhar Sulaiman Sokong Kalau Leona Kahwin Muda, Hanya Harap Bakal Menantu Ada Sijil Dalam Bidang Akademik

ARTIKEL BERKAITAN:Letak ‘Standard’ Tinggi Terhadap Lelaki, Leona Sukar Cari Jodoh - “Gigi Kena Teratur, Rupa Saya Tak Kisah Sebab Kebanyakkan Bekas Kekasih Bukanlah Kacak”

ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Hangat Bercinta, Leona & Gabriel Prince Tampil Ulas Status Hubungan Terkini - "Sebenarnya Kami ..."

Selain Leona, empat lagi calon lain adalah Ryan Bakery, Acap S, Shah Zakaria dan Steph Beauty.
Undian fasa kedua, atau pemenang utama bagi setiap kategori boleh dilakukan di laman rasmi www.gempakmostwantedawards.com bermula 15 Januari 2025, jam 6 petang sehingga 23 Februari 2025, jam 12 tengah hari.
#Azhar Sulaiman #Kasih #Iris #Leona #Tak Sombong #GMWA24
;