Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Viral

Guna 'Kabel' Hingga Dapat Bergambar Bersama Lee Zii Jia, Nabil Ahmad Gembira Dapat Sambut Champions Pulang

Khairil Khusyairi 07/08/2024 | 12:25 MYT
Penyampai ERA, Nabil Ahmad meluahkan rasa teruja apabila hadir menyambut kepulangan wira-wira badminton negara, Lee Zii Jia dan pasangan beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pagi Rabu.

Teruja Dapat Bergambar

Bercakap kepada Gempak, Nabil Ahmad berkata dia dan keluarga setia memberi sokongan kepada atlet-atlet tanah air dalam berjuang di Olimpik Paris 2024.

“Saya merwakili Era dan team lain memang happy dapat sambut atlet yang balik hari ini. Ketika game tempoh hari saya memang layan, menjerit-jerit bersama anak-anak dan keluarga.

“Jadi bila mereka bawa pulang pingat kami memang happy sangat dapat sambut champion kita balik,” ujarnya teruja.

Guna Kabel Nenek Zii Jia

Dalam pada itu, Nabil turut mencuri perhatian apabila menggunakan ‘kabel’ nenek Lee Zii Jia untuk mendekati sekaligus berjaya bergambar bersama atlet kelahiran Alor Setar, Kedah itu.

"Yes! Yes! Menggunakan 'kabel' nenek, kita berjaya!

“Guys alhamdulillah misi selesai. Kita dapat jumpa Lee Zii Jia, dpt berjumpa Aaron Chia dan Soh Wooi Yik.

“Dapat bergambar walaupun sekejap sebab lihatlah keadaan macam mana, memang sibuk sangat,” kongsinya.

Menurut Azah Sahrin, Pengurus Saluran ERA, pihaknnya sentiasa berdiri teguh bersama atlet negara yang mengharumkan nama negara.
“Kami di ERA sentiasa meraikan semua atlet negara kita. Kejayaan yang dicapai oleh Lee Zii Jia, Aaron Chia, dan Soh Wooi Yik memberikan semangat kepada semua penyampai dan warga ERA untuk terus berjuang dalam apa jua keadaan, terutamanya dalam mengharumkan nama Malaysia.
“ERA sebagai stesen radio yang dekat dengan rakyat Malaysia berasa bangga dengan pencapaian atlet-atlet negara dan akan terus memberi sokongan penuh kepada mereka.
“Momen ini juga menunjukkan bahawa ERA sentiasa bersama rakyat Malaysia dalam menghargai usaha dan kejayaan atlet-atlet kita,” katanya dalam satu kenyataan.
Lee Zii merangkul pingat gangsa selepas menewaskan pemain India, Lakshya Sen.
Manakala Aaron Chia dan Soh Wooi Yik pula sebelum itu menewaskan gandingan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 16-21, 22-20, 21-19 dalam merebut pingat gangsa di Porte de La Chapelle Arena.

ARTIKEL BERKAITAN: Beg Jenama Mewah Harga Lebih RM20,000 Lee Zii Jia Raih Perhatian Wargamaya! - "Siap Ada Custom Made Nama"

ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik Paris 2024: Wanita OKU Eerah Burger Sanggup Datang Airport Sambut Kepulangan Lee Zii Jia, Luah Hasrat Jemput Ke Kedai Burger

ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik Paris 2024: Apa Maksud Sebenar Isyarat Ditunjukkan Lee Zii Jia?

ARTIKEL BERKAITAN: Ranking Lee Zii Jia Naik Satu Anak Tangga

ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik Paris 2024: Hadiahkan Pingat Gangsa, Lee Zii Jia Dedah Lalui Detik Hitam - “Saya Diamkan Diri Meskipun Mereka Aibkan Saya..”

ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik Paris 2024: Hasrat Tercapai, Lee Zii Jia Bawa Pulang Pingat Gangsa Kedua!

#Nabil Ahmad #Atlet #Era #Pingat #Lee Zii Jia #Aaron Chia #Soh Wooi Yik #Gangsa #Kebangsaan
;