Hiburan

Hakim Tolak, Diddy Combs Minta Dipenjara Di Rumah Di Pulau Persendirian

Maliah Surip
23/11/2024
15:00 MYT
Sponsor Banner
Hakim Tolak, Diddy Combs Minta Dipenjara Di Rumah Di Pulau Persendirian
Pasukan guaman Sean Diddy Combs melakukan banyak perkara demi menyelamatkan rapper yang berdepan dengan ratusan kesalahan melakukan pemerdagangan seks terhadap kanak-kanak dan orang dewasa.

BERITA TRENDING: Mantan Model Playboy Dakwa Lakukan Oral Se*ks, Diddy Combs Paksa Tonton Video J.Lo

Terkini mereka meminta agar pihak mahkamah membenarkan manusia bertopengkan syaitan itu untuk ‘menunggu’ tarikh perbicaraan dengan menginap di kediaman yang terletak di pulau persendirian.
Hakim bagaimanapun sebulat suara menolak permintaan tersebut pada 22 November 2024.
Menurut laporan US Weekly, pasukan guaman Diddy, 55, mahu lelaki tersebut ditahan di kediamannya di Pulau Bintang di Florida. Peguam mendakwa Diddy tidak ada cara untuk melarikan diri kerana tidak mempunyai ‘jalan’ berbuat demikian.
Ironi kediaman tersebut juga telah diserbu pihak berkuasa tempatan pada Mac lalu.
Selepas permintaan menginap di rumah di pulau tersebut ditolak, pasukan peguam mengusulkan Diddy untuk ditahan di sebuah kediamannya yang lain iaitu apartment di Upper East Side di New York.

BERITA TRENDING: Lagi 7 Saman Baharu Difail Ke Atas Sean 'Diddy' Combs, Ada Dakwa Telah Diserang & Dir*gol Ketika Parti

Mereka mendakwa Diddy akan menerima kawalan ketat termasuk diawasi dua pengawal peribadi 24 jam sehari selain tidak dibenarkan memiliki telefon dan internet.

BERITA TRENDING: Serangan Seksual Remaja Lelaki 16 Tahun Antara Enam Saman Baharu Ke Atas Sean 'Diddy' Combs

Permintaan tersebut juga ditolak dengan hakim menyimpulkan ia sebagai ‘ini tidak akan berhasil’.
Diddy ditahan di penjara sejak September lalu atas dakwaan pemerdagangan seks. Sejak ditahan dia telah empat kali memohon untuk dijamin namun gagal. Perbicaraan terkini Diddy dijadualkan pada Mei 2025.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024