Hiburan

Haliza Maysuri Tunjuk Cara Sebenar Makan Caviar, Beri Pesanan - “Jangan Main Order Saja, 100g Je Dah Dekat RM1,000”

Mya Amri
06/10/2024
08:25 MYT
Sponsor Banner
Haliza Maysuri Tunjuk Cara Sebenar Makan Caviar, Beri Pesanan - “Jangan Main Order Saja, 100g Je Dah Dekat RM1,000”
Usahawan dan jutawan tudung Bawal Exclusive Haliza Maysuri menjadi perhatian netizen selepas berkongsi cara-cara menikmati juadah mewah iaitu Kaviar.

100g Kaviar cecah RM1,000

Menerusi perkongsiannya di TikTok, Haliza memaklumkan harga untuk 100g Kaviar boleh mencecah sehingga RM1,000.

“Untuk Kaviar ni tengok harganya terlebih dahulu ya, jangan main order sahaja. Ikut gram, nak berapa gram sebab 100g sahaja sudah dekat RM1,000.

“Kaviar ini kena makan dengan sudu yang disediakan, dia macam dibuat daripada kulit Oyster, sedap you all,” ujarnya.

Cara makan Kaviar dengan betul

Dalam video yang sama, Haliza juga turut menunjukkan cara yang betul untuk menikmati hidangan mewah itu adalah dengan meletakkan Kaviar di bahagian belakang tapak tangan.

“Cara untuk makan Kaviar gaya French adalah dengan meletakkan di bahagian belakang tapak tangan kerana suhu tangan akan panaskan Kaviar secara perlahan. “Jangan gunakan sudu besi kerana ia akan merosakkan rasa Kaviar dan mengurangkan kesedapan,” tulisnya.

Berikut merupakan video penuh Haliza:
@halizamaysuri
cara untuk makan Caviar gaya French adalah dengan meletakkan di bahagian belakang tapak tangan kerana suhu tangan akan panaskan Caviar secara perlahan. Jangan gunakan sudu besi kerana ia akan merosakkan rasa Caviar dan mengurangkan kesedapanya.
♬ original sound - Haliza Maysuri

ARTIKEL BERKAITAN:Baju Kebaya Hari Jadi Jutawan Tudung Bernilai RM134,000 - "36,000 Butir Kristal Swarovski, Fabrik Dari Eropah"

ARTIKEL BERKAITAN:"Nak Bawa Pergi Kebun" - Haliza Maysuri Terkejut Terima Hadiah Kereta Mewah RM1.6 Juta & Tasbih RM30,000 Pada Hari Jadi

ARTIKEL BERKAITAN:"Kawan Sendiri Pun Mengata Saya Perasan Artis Buh Gambar Sendiri Sampul Raya" - Jutawan Tudung Bawal

ARTIKEL BERKAITAN:Jutawan Tudung Tak Lokek Beri Duit Raya RM10,000 Pada Mak, Siap Kira Depan-Depan: “Sampul Raya Paling Buruk Sekali Bagi…”

ARTIKEL BERKAITAN:Haliza Maysuri Belanja RM3.5 Juta Sambut Menantu Sulung, Gaun Pengantin Saja Dah Cecah RM300,000!

Untuk info, Karviar adalah makanan mewah yang dihasilkan daripada telur ikan sturgeon seperti beluga dan sevruga yang biasanya hidup di Laut Kaspia.
Kaviar memiliki berbagai jenis dengan kisaran harga yang berbeza.
Setiap harga dari Kaviar ini sangat bergantung pada kualiti dan juga jenis kaviar itu sendiri.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar