Jutawan tudung Haliza Maysuri tampil berkongsi nilai busana yang dipakainya ketika sambutan hari jadi ke-47 pada hujung minggu lalu.
Jelas Haliza, adibusana yang ditempah khas dari rumah fesyen Rizalman Couture itu mengambil masa dua bulan untuk disiapkan.
"Adi busana yang direka khas untuk Haliza Maysuri bersempena sambutan ulangtahunnya bertemakan kebaya yang diinspirasikan dari potongan kebaya Kota Bharu, Kelantan.
"Busana Haliza ini telah mendapat sentuhan khas oleh pelapis pereka fesyennya, Faizul yang mewarisi jenama RI Couture.
"Palet warna yang dipilih dari rona ash blue dan perincian sulaman, batuan kristal dari palet warna emas dan zamrud.
"Mengambil masa dua bulan pembuatannya termasuk perancangan, perbincangan, pemilihan fabrik, pemilihan batu Swarovski yang dibawa khas dari Austria.
"Fabrik dari Eropah terdiri daripada antique lamer dan satin silk, menggunakan sebanyak lebih dari tujuh meter untuk setiap fabrik," maklum kenyataan yang muatnaik Haliza menerusi akaun TikToknya baru-baru ini.
"Menggunakan teknik drapping dan perincian manik menggunakan taburan ribuan pelbagai jenis batu kristal Swarovski dari Austria
"Tiga jenis sulaman terdiri daripada tambour embroidery, fixed iron dan teknik sulaman tangan dan menggunakan 15 jenis batuan berbeza bentuk dan saiz dengan 36,000 butir taburan batuan kristal Swarovski.
"Busana ini bernilai lebih dari RM50,000 dan jumlah harga untuk batuan Swarovski bernilai RM84,950. Jumlah keseluruhan busana ini adalah RM134,950," maklumnya lagi.
.jpg)
Terdahulu, tular video Haliza meraikan majlis hari jadinya apabila dikejutkan dengan hadiah tasbih emas bernilai RM30,000 dan sebuah kereta mewah limited edition model BMW oleh suaminya.
Jelas Haliza, adibusana yang ditempah khas dari rumah fesyen Rizalman Couture itu mengambil masa dua bulan untuk disiapkan.
"Adi busana yang direka khas untuk Haliza Maysuri bersempena sambutan ulangtahunnya bertemakan kebaya yang diinspirasikan dari potongan kebaya Kota Bharu, Kelantan.
"Busana Haliza ini telah mendapat sentuhan khas oleh pelapis pereka fesyennya, Faizul yang mewarisi jenama RI Couture.
"Palet warna yang dipilih dari rona ash blue dan perincian sulaman, batuan kristal dari palet warna emas dan zamrud.
"Mengambil masa dua bulan pembuatannya termasuk perancangan, perbincangan, pemilihan fabrik, pemilihan batu Swarovski yang dibawa khas dari Austria.
"Fabrik dari Eropah terdiri daripada antique lamer dan satin silk, menggunakan sebanyak lebih dari tujuh meter untuk setiap fabrik," maklum kenyataan yang muatnaik Haliza menerusi akaun TikToknya baru-baru ini.
BERITA TRENDING: "Nak Bawa Pergi Kebun" - Haliza Maysuri Terkejut Terima Hadiah Kereta Mewah RM1.6 Juta & Tasbih RM30,000 Pada Hari Jadi
Tambahnya, sebanyak 36,000 butir batuan kristal Swarovski yang diimport khas dari Austria telah digunakan untuk pembuatan baju itu."Menggunakan teknik drapping dan perincian manik menggunakan taburan ribuan pelbagai jenis batu kristal Swarovski dari Austria