Hiburan

Hargai Pasangan Yang Baik, Kieda Crepe Hadiahkan Jam Tangan Mewah Harga RM10K Buat Suami - “Jangan Curang Tau…”

Umirah Halim
12/11/2024
13:55 MYT
Sponsor Banner
Hargai Pasangan Yang Baik, Kieda Crepe Hadiahkan Jam Tangan Mewah Harga RM10K Buat Suami - “Jangan Curang Tau…”

Usahawan dan pempengaruh Kieda Crepe menghadiahkan seutas jam tangan jenama mewah kepada suaminya, Muhammad Hilmi Mohd Zaki.

Jam tangan RM10,950

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Kieda atau nama sebenarnya Siti Nur Khalieda Yusra dan Hilmi berada di sebuah kedai jam tangan mewah bagi melakukan pembelian jam tangan yang berharga RM10, 950.

@kiedacrepepenang @AMY KIEDA MERCHANDISE ?? @Kiedacrepepenang2 ♬ Takkan Terganti - Kangen Band

“Disebabkan suami sudah lama mahukan jam tangan, jadi hari ini kita beli jam yang dia teringin.

“Belikan dia jam paling berharga. InsyaAllah usaha takkan mengkhianati hasil.

“Sebelum ini apa sahaja barang emas saya semua dia belanja dan saya nak apa pun dia ikut,” katanya.

Dalam pada itu, menerusi video yang lain Kieda turut sempat memberi pesanan kepada suaminya agar tidak mengkhianati dirinya.

“Jangan curang tau,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut gembira melihat pasangan tersebut malah memuji sikap Kieda yang berkongsi rezeki bersama suami.

“Tahniah Amy. Tahniah Kieda. Semoga berbahagia selalu. Semoga dipermudahkan segala urusan. Kuatkan semangat. Pedulikan mulut orang-orang yang toksik.

“Rewards la diri sendiri dengan apa-pun. Hasil penat lelah kita cari duit. Semoga Kieda dan team dimurahkan rezeki selalu.

“Kalau ada rezeki saya pun nak belikan untuk suami. Janganlah pandang negatif video ni, hargai suami yang hargai isteri,” komen beberapa netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: "Terima Kasih Ganggu Mental Kami" - Netizen Simpati Anak Kieda Crepe Dibuli Di Sekolah

ARTIKEL BERKAITAN: Kieda Crepe Kecewa Ada Pihak Sengaja Buat Ulasan Perniagaannya Demi Nak 'FYP' - "Naiklah Tanpa Memburukkan Orang... "

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia Kata Orang Tak Apa, Kalau Orang Mengata Dia…” - Netizen Luah Rasa Menyampah Selepas Kieda Crepe Kritik Cara Pakaian Dua Lelaki Mandi Kolam

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh Tak Jaga Isteri Pertama Selepas Keguguran, Abang Tesla Nak Saman Kieda Crepe? - “Jangan Nak Terpaling Suami Awak Seorang…”

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar