Viral

Iklan 4 Tahun Lalu Masih Melekat Di Stesen MRT, RapidKL Beri Respons

Gempak
02/07/2024
11:55 MYT
Sponsor Banner
Iklan 4 Tahun Lalu Masih Melekat Di Stesen MRT, RapidKL Beri Respons
Seorang individu menzahirkan rasa terkejut tatkala melihat satu iklan yang ditampal di pintu masuk koc MRT masih lagi tidak ditanggalkan, sungguhpun iklan berkenaan sudah berusia hampir empat tahun.

Iklan

Menerusi perkongsian yang dibuat di platform X, akaun tersebut mempersoalkan tentang bagaimana ruangan tersebut boleh menjana pendapatan sepanjang empat tahun gara-gara iklan lama yang masih lagi tidak ditanggalkan.

“Iklan berusia empat tahun yang sudah outdated masih dipaparkan di stesen MRT. Hal ini menunjukkan keuntungan sepatutnya diterima selama empat tahun yang mungkin boleh digunakan untuk menaik taraf kemudahan.

“@MRTMalaysia, adakah kamu semalas ini? Sedangkan skrin digital iklan tidak pernah digunakanan @askrapidkl,” tulis akaun berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh Bukan Islam, Lelaki Ini Disuruh Tukar Tempat Duduk Dalam MRT - "Lepas Tu Cakap ..."

ARTIKEL BERKAITAN: Disebabkan Bosan, Lelaki Ini Cuci Tandas Di Stesen MRT

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita Mengamuk Bas MRT Tak Buka Pintu Ketika Berhenti, Netizen Back-Up Pemandu - “Nampak Sangat Terpaling…”

ARTIKEL BERKAITAN: TikToker Terkenal Antarabangsa, Tube Girl Akhirnya Pulang Ke Malaysia!

ARTIKEL BERKAITAN: Bayi Menangis Dalam MRT, Semua Pakat Selawat Ramai-Ramai

Menerusi pertanyaan tersebut, akaun @askrapidkl hadir memberikan jawapan.
“Hi, poster yang outdated akan ditanggalkan oleh pemilik aset dari masa ke masa,” tulisnya.
Jawapan tersebut mencetuskan respon pelbagai dalam kalangan netizen. Ada juga beberapa iklan di sebahagian lokasi MRT sudah luput tarikhnya.
Sumber: Platform X
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar