Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Imuda Kini Bergelar Datuk, Anggap Anugerah Diterima Sebagai Pengiktirafan Kepada Anak Seni

Gempak 30/07/2024 | 23:50 MYT

Pelakon, pelawak, pengacara, penyanyi dan kartunis popular tanah air, Imuda menganggap penganugerahan yang diterima beliau sebagai pengiktirafan kepada semua anak seni di Malaysia.

Satu penghargaan dan penghormatan

Imuda atau nama sebenarnya A. Rahim Muda, 65, berkata penganugerahan yang diterima adalah suatu penghargaan dan penghormatan kepada seluruh anak seni di negara ini khususnya anak jati Pulau Pinang.

“Sejujurnya, saya berasa amat bangga kerana menerima penganugerahan daripada TYT Pulau Pinang (Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak).

“Selepas begitu lama berkecimpung dalam dunia hiburan sejak 40 tahun lalu, inilah masa dan saatnya untuk meraikan kejayaan bukan sahaja untuk diri saya tetapi juga buat seluruh anak seni yang lain di negeri Pulau Pinang,” katanya seperti dilapor Buletin Mutiara.

Imuda berkata demikian ketika ditemui Buletin Mutiara selepas Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan yang memasuki hari kedua pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN:Peguam Jenayah Popular Mahu Buka Semula Kes Amirul Nashriq, Penuntut UPNM Yang Belum Terbela

ARTIKEL BERKAITAN:Datuk Aishah Pernah Terkena Sihir - “Apa Sahaja Yang Saya Tak Pernah Rasa, Santau, Busung, Turun Darah Berbulan-Bulan”

ARTIKEL BERKAITAN:"Segan & Janggal, Orang Panggil Kak Ani, Tiba-Tiba Tukar..." - Belum Bersedia, Noraniza Idris Tolak Gelaran Datuk

ARTIKEL BERKAITAN:Ziana Zain Respon Dakwaan Dapat Gelaran 'Datuk'! - "Pagi-Pagi Terima Ucapan..."

ARTIKEL BERKAITAN:Gelaran ‘Datin’ Beri Tekanan Kepada Atikah Suhaimie - “Saya Bukan Macam Suami Yang Lakukan…”

Peluang berkarya untuk anak seni Pulau Pinang

Jelas pelakon yang popular menerusi watak Budin dalam komedi situasi (sitcom), Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu lagi, dia dapat melihat peluang berkarya untuk anak seni di negeri Pulau Pinang adalah agak luas dengan sokongan pelbagai pihak termasuk Kerajaan Negeri.

“Tidak dinafikan bahawa di Pulau Pinang juga ada peluang-peluang yang baik untuk anak seni berkarya namun masih banyak ruang penambahbaikan boleh dilakukan.

“Masih banyak syarikat-syarikat penerbitan perlu diwujudkan di negeri Pulau Pinang bagi membuka ruang kepada pengembangan kesenian terutamanya dalam seni kreatif.

“Namun sekiranya mereka (anak seni) mahu berkembang dan berkecimpung dalam dunia seni dengan lebih serius, maka mereka perlu berani untuk berhijrah terutamanya ke ibu kota yang terkenal dengan pusat seni kreatif,” katanya.

Untuk info, Imuda merupakan antara 103 penerima menerima Darjah Setia Pangkuan Negeri (D.S.P.N) yang membawa gelaran Datuk.

Imuda menerima anugerah tersebut dalam Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Sempena Hari Ulang Tahun Ke-75 Yang Dipertua Negeri (TYT) Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dekat Dewan Sri Pinang.

Selain Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Imuda yang memulakan kerjayanya sebagai pelukis di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) turut membintangi beberapa buah filem, antaranya Balik Kampung, Kembara Seniman Jalanan, Hati Bukan Kristal, Mat Som (diadaptasikan daripada karya Lat), Mat Gelap, Imigran dan Jutawan Fakir.

Sumber: Buletin Mutiara

#Datuk #Bergelar Datuk #Pulau Pinang #Pi Mai Pi Mai Tang Tu #Imuda
;