Laman Utama

Individu Fitnah Neelofa Akhirnya Mohon Maaf, Tekankan Tiga Perkara Ini

Mya Amri
03/01/2021
03:30 MYT
Sponsor Banner
Individu Fitnah Neelofa Akhirnya Mohon Maaf, Tekankan Tiga Perkara Ini
Individu yang didakwa memfitnah pelakon, Neelofa iaitu Syamira Safiya akhirnya tampil membuat permohonan maaf.
Permohonan maaf secara terbuka itu dilakukan menerusi satu kenyataan di platform media sosial Twitter miliknya hari ini.
Dalam kenyataan itu, Syamira mengakui mengeluarkan kenyataan di media sosial tanpa asas dan tidak benar pada 26 Disember lalu.
"Saya, Syamira Safiya dengan ini menarik balik kenyataan yang saya buat terhadap Cik Neelofa serta pembantu peribadi beliau di Twitter dan pelbagai platform media sosial pada 26 Disember 2020.
"Saya mendakwa dan membuat pernyataan itu tanpa asas dan ia adalah tidak benar.
"Kenyataan tersebut tidak dibuat dengan niat jahat untuk berbohong atau mencemarkan nama baik mereka,” jelasnya. Dalam pada itu, Syamira juga menyesali perbuatannya dan permohonan maaf itu dibuat atas kerelaan hatinya sendiri.
"Saya juga amat kesal kerana tindakan peribadi ini menimbulkan rasa malu, sedih dan membawa kesusahan kepada mereka.
"Permohonan maaf ini saya buat di atas kerelaan hati saya sendiri untuk saya perbetulkan keadaan tanpa tekanan daripada mana-mana pihak," katanya.
BACA: Individu Muatnaik Tangkap Layar Dakwa Neelofa Sudah Bernikah, Terkena Minyak Pengasih Dicari!
BACA: PA Berjaya Kesan Wanita Dipercayai Tularkan WhatsApp Babitkan Neelofa
Terdahulu Nadiah mencari wanita menggunakan nama Syamira Safiya yang dipercayai melemparkan tuduhan-tuduhan tidak berasas di laman sosial sehingga menjejaskan nama baik Neelofa dan PU Riz.
Nadiah menerusi Instagram Story miliknya, memuat naik foto dan meminta info daripada orang ramai yang mengenali wanita berkenaan supaya tampil membantu pihaknya mengesan wanita itu.
Sebelum ini ,sebuah akaun Twitter dengan nama Syamirasafiya02 memuat naik paparan skrin mesej perbualan menceritakan kononnya Neelofa terkena minyak pengasih dan kini berubat.
Menerusi perbualan itu juga, mendakwa bekas pengacara MeleTOP itu memasukkan sejumlah wang ke akaun PU Riz atas tujuan tertentu.
Selain mendakwa pasangan itu sudah berkahwin di Kelantan.
Bagaimanapun Neelofa tampil menerusi satu kenyataan menolak tuduhan-tuduhan yang dianggap sudah menjejaskan nama baik dan maruah keluarganya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar