Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Ini Penjelasan Pakar Mengenai Masalah Buah Pinggang Kering Yang Dihidapi Oleh Anak Kedua Eyra Hazali

Gempak 08/07/2024 | 23:55 MYT
Pelakon, Eyra Hazali mengejutkan ramai pihak setelah memaklumkan anak keduanya, Endra Haqimie disahkan mempunyai masalah buah pinggang kering.

Masalah buah pinggang kering

Eyra atau nama penuhnya Hazirah Qasdina Hazali itu berkata, Endra mengalami muntah tanpa henti sebelum ditahan di hospital.
“Assalamualaikum semua. Mohon doakan Endra. Dia tidak henti-henti muntah dari Jumaat malam.
“Keputusan kami dapat adalah buang pinggang Endra sudah kering sangat,” katanya menerusi Instagram.
Bagaimanapun, isteri kepada pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Haziq Nadzli itu masih kekal positif dan yakin anaknya akan pulih selepas mendapatkan rawatan.
“Insya-ALLAH dengan rawatan seterusnya, dia akan baik dan sekarang hanya perlu dipantau doktor,” katanya.

Penjelasan pakar

Sementara itu, mengulas lanjut mengenai isu ini, berdasarkan laporan Majoriti, pakar perubatan Hospital Putrajaya, Dr Rafidah tampil menjelaskan tentang penyakit buah pinggang kering.
"Buah pinggang kering bukannya buah pinggang itu yang kering!," katanya.
Menurut Dr Rafidah, masalah buah pinggang kering yang diterangkan doktor menandakan bahawa badan seseorang kurang air ataupun kurangnya darah yang mengalir ke dalam buah pinggang.

ARTIKEL TRENDING: Suami Eyra Hazali Sedih, Impian Nak Anak Kembar Tak Kesampaian - “Dia Mengharapkan Juga Dari Anak Pertama Tapi…”

ARTIKEL TRENDING: “Tak Ajak Wife Sekali Ke Makan Makan?” - Ramai Setuju Bila Eyra Hazali Persoal Kenyataan Ruhainies, Aliff Aziz

​ARTIKEL TRENDING: ‘Kaut’ Komisen Lebih 4 Peratus Daripada Kutipan Derma? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus Dari Segi Hukum Syarak

​ARTIKEL TRENDING: Ini Jumlah Derma Yang Disumbangkan Gigi & Bella Hadid Untuk Palestin

​ARTIKEL TRENDING: RM564,000 Terkumpul Untuk Tabung Bantuan Kanak-Kanak Palestin Selepas Ariana Grande Kongsi Link Derma Di IG Story

Antara simptom yang perlu dirawat adalah apabila seseorang mengalami masalah cirit-birit.

"Kandungan air dalam badan anda rendah sebab keluar melalui cirit," katanya menerusi TikTok.

Rawatan yang biasa digunakan bagi kes terbabit adalah pemberian air drip atau intravena (IV).
"Anda akan disuruh minum lebih," katanya.
Dengan bertindak sedemikian mampu menyebabkan isu masalah buah pinggang kering selesai.
"Buah pinggang dan hidrasi badan sudah okay apabila isunya selesai. Tidak payah buat apa-apa cumanya ikut arahan doktor," katanya.
Sumber: Majoriti
#Anak #Eyra #Kedua #Pakar #Pinggang #kering #hazali
;