Hiburan
“Inilah Peneman Saya” - Keluarga Sentiasa No. 1, Fattah Amin Jadikan Foto Fazura & Fatima Sebagai Wallpaper Telefon Bimbit
Pelakon Fattah Amin mendedahkan yang gambar Nur Fazura bersama Nur Fatima Aisya sentiasa menjadi wallpaper yang diset pada telefon bimbitnya.
Wallpaper
Menerusi temu bual di TikTok Pa&Ma, Fattah berkata, gambar berkenaan telah lama digunakan sebagai wallpaper, memandangkan usia Fatima ketika foto tersebut dirakam sekitar satu hingga dua tahun.
“Keluarga adalah nombor satu. Ke mana-mana pun saya, ini wallpaper saya. Fatima dan mommy dia.
“Lama dah gambar ni, Fatima umur satu hingga dua tahun. Lama saya simpan. Bila shooting ke ini yang jadi peneman. Sebab kita kan always on the phone,” tutur Fattah.
ARTIKEL BERKAITAN: “Jodoh Dah Ada Depan Mata Tapi…” - Fattah Amin Kongsi Detik Cinta Berputik Dengan Fazura
ARTIKEL BERKAITAN: Sahabat Sanggup Keluar Duit Buat Kejutan Hari Lahir Fazura - “Ada Yang RM500, Beribu Pun Ada”
ARTIKEL BERKAITAN: Ucapan Istimewa Fazura Sempena Hari Lahir Ibu - “Bila Tanya Nak Hadiah Apa? Cukup La…”
ARTIKEL BERKAITAN: Lama Simpan Hasrat, Fattah Akhirnya Lancar 5 Zikir Sempena Ramadan - “Saya Harap Ia Bawa Ketenangan & Kedamaian”
ARTIKEL BERKAITAN: Kehidupan Semakin Tenang, Fazura Rancang Buka ‘Kilang’ Untuk Anak Kedua - “Kalau Boleh, Saya Nak Bersalin…”
Dalam masa sama, Fattah sebagai ketua keluarga sentiasa mencari waktu untuk melakukan aktiviti bersam anak dan isteri.
“Of course banyak benda yang boleh kita buat bersama, kita akan buat. Contoh solat berjemaah. Kalau masing-masing busy pun, kita akan sentiasa cari masa makan sekali, layan anak sekali.
“Walau sesibuk mana pun kami, tapi sentiasa cari masa buat something together. Eratkan hubungan,” jelas Fattah lagi.
Sumber: TikTok