Hiburan
Isu Pelakon Baharu Perlu Popular Di Media Sosial, Zahiril Adzim: - “Saya Kasihan… Mereka Rasa Ini Sebagai Satu Keperluan”
Pelakon Zahiril Adzim tidak menolak dakwaan yang pelakon baharu kini perlu popular di media sosial.
Katanya, mengikut pengalaman, pelakon-pelakon sebelum ini perlu menjual bakat mereka terlebih dahulu sebelum meraih percikan populariti.
"Mula-mula saya cuba nak tegakkanlah yang bakat ini penting. Sudah pasti kamu nak jadi pelakon kamu perlu ada talent, ada minat.
Popular
“Hari ini kriteria dia kamu perlu popular di sosial media. Bila saya cuba fikir dari sudut penerbit yang buat perniagaan, mungkin itu yang mereka perlu ada sebab mereka pun menjalankan perniagaan. Jadi saya cuba terima sikit-sikit.
"Saya tidak terima sepenuhnya sebab saya masih berpegang pada bakat kena ada (pada pelakon). Selain nak memikirkan bakat mereka, mereka perlu fikir bagaimana mahu naikan viewer, macam mana nak naikkan followers, macam mana nak create content nak bagi mereka disukai ramai.
ARTIKEL BERKAITAN: Zahiril Adzim Terima Ugutan Pukul & Santau - “Kalau Kacau Keluarga Memang Saya Cari!”
ARTIKEL BERKAITAN: “Bila Dengar Ia Seakan Merasuk Kita” - Zahiril Adzim
ARTIKEL BERKAITAN: Elvina, Zahiril Nampak 'Benda' Ketika Shooting Filem Waruga!
ARTIKEL BERKAITAN: “Sepatutnya Saya Juga Ikut Konvoi Itu” - Zahiril Syukur Beto Kusyairy Dalam Keadaan Baik
"Dan untuk seorang pelakon, tak perlu pun untuk buat benda sebegini. Itu bukan kerja kamu kan," katanya.
Bagaimanapun Zahiril mengakui yang dia tidak mempunyai masalah dengan barisan bakat baharu tanah air.
"Saya ok dengan budak-budak baharu, saya tiada masalah sebab saya tahu mereka ada bakat. Tetapi kasihan sebab mereka rasa ini (populariti) satu keperluan," katanya.
Sumber: Instagram Maskulin
Krediti foto: Utusan Malaysia