Hollywood

Jasad Liam Payne Dibawa Pulang Ke UK Lepas 3 Minggu Mati Di Argentina

Maliah Surip
07/11/2024
11:55 MYT
Sponsor Banner
Jasad Liam Payne Dibawa Pulang Ke UK Lepas 3 Minggu Mati Di Argentina
Jasad penyanyi Liam Payne akhirnya dibawa pulang ke United Kingdom selepas tiga minggu meninggal dunia di Argentina.
Berita mayat Payne yang maut selepas terjatuh daripada tingkat tiga balkoni hotel penginapannya di Buenos Aires itu juga telah diserahkan kepada ahli keluarganya, lapor BBC.
Jasad Payne telah dibawa menerusi satu penerbangan yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Ezeiza, Buenos Aires pada 1.58 tengah hari waktu tempatan, semalam.
Bapanya, Geoff Payne turut dirakamkan berada di lapangan terbang untuk membawa pulang jasad anaknya itu.
Majlis pengebumian Payne akan berlangsung di bandar tempatnya dibesarkan di Wolverhampton, lapor The Sun pula.
Menerusi laporan autopsi yang keluarkan, Payne menghembuskan nafas terakhir pada usia 31 tahun selepas mengalami banyak kecederaan dalaman termasuk kecederaan trauma akibat jatuh daripada tempat tinggi.

BERITA TRENDING: Liam Payne Ambil Pelbagai Jenis Dadah Sebelum Meninggal Dunia

Sebelum ini mayat bekas anggota One Direction itu disimpan di Argentina kerana menjalani beberapa prosuder serta hal berkaitan undang-undang yang perlu dilengkapkan.
Payne berada di Argentina kerana bercuti dengan kekasihnya yang pulang beberapa hari awal sebelum insiden tersebut berlaku.

BERITA TRENDING: Masih Terkesan Pemergian Liam, Zayn Malik Tangguh Jelajah Konsert Solo

BERITA TRENDING: Jatuh Balkoni & Ditemui Mati, Ini 7 Kematian Selebriti Yang Mengejutkan Dunia

BERITA TRENDING: Liam Payne Meninggal Dunia, Terjatuh Dari Tingkat 3 Hotel

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar